Selamat tahun baru 1430 hijrah wahai kawan-kawanku yang jatuh pada hari ini. Bersama dengan itu juga, saya mengumumkan akan mula menulis dalam bahasa melayu. English B je jadi lebih sesuailah guna bahasa yang lebih saya dan pembaca fahami. hihi. Tahun baru ini juga saya memulakan azam untuk bekerja lebih gigih dan efektif. Sebelum ini, semua cara kerja saya fikirkan enteng, ada kalanya tidak ada hitam dan putih. Di situlah datangnya untung dan rugi yang tidak berpadanan dengan kerja.
Archive for December, 2008
Salam Maal Hijrah 1430
Kluang Mall Kini Di Buka!
Saya & Akmal melawat Kluang Mall pada 28 Dec 08. Lokasinya kalau nak katakan strategik pon boleh jugalah. Letaknya berhampiran pusat bandar & pasar besar. Tapi yang penting daya tarikkannya. Terdapat banyak kedai² yang sudah tentunya belum pernah orang-orang Kluang lawati sebelum ini. Kalau ada pun mestilah di Johor Bahru & Batu Pahat. Pacific yang paling hampir di Batu Pahat.
Majlis Perkahwinan Dani & Hasbullah
Saya & Akmal dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Dani & Hasbullah pada 13 December 08 yang lalu. Cuaca yang sangat lah baik hari itu. Panas. Berpeluh² pengantin lelaki semasa berarak. Keluarga lelaki datang dari Johor Bahru kalau tak silap. Kampung Dani pula letaknya di Parit Haji Ali. Jauh ke dalam letaknya. Sekelilingnya ada ladang nenas & jagung. Mesti seronok kalau pengantin di bawa ke kawasan tu.
Click to continue reading “Majlis Perkahwinan Dani & Hasbullah”
18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.