Rabu lalu, 24 December 08, Akmal beritahu saya Big Apple Donut bagi 6 donut percuma dengan pembelian segelas kopi. Eh bila pulak siap Kluang Mall. Rupanya pengurusan Pacific merasmikan Kluang Mall sehari sebelum hari Krismas. Berebut orang² Kluang datang katanya. Dia ke sana untuk memasang sticker Zenxin Organic shop lot. Tapi tak berkesempatan untuk berebut donut.
Maka, hari ni saya pon tak ada apa-apa urusan. Jadi kami melawat lah Kluang Mall. Lokasinya kalau nak katakan strategik pon boleh jugalah. Letaknya berhampiran pusat bandar & pasar besar. Tapi yang penting daya tarikkannya. Terdapat banyak kedai² yang sudah tentunya belum pernah orang-orang Kluang lawati sebelum ini. Kalau ada pun mestilah di Johor Bahru & Batu Pahat. Pacific yang paling hampir di Batu Pahat.
Kami window shopping di sekitar kawasan Kluang Mall, hanya ground floor & 1st floor sahaja yang sudah ada kedai. Itu pon belum sepenuhnya. Banyak lagi ruang kosong. Pasaraya yang dibina dengan kos sebanyak RM5 juta ini nampaknya memang memuaskan. Berbanding dengan Kluang Parade, saya yakin lebih ramai yang melawat Kluang Mall. Bias. Ni salah satu daripada dua belas pusat membeli belah yang di buka oleh Pacific. Yang lainnya ada di Alor Star, Batu Pahat, Penang, Kota Baru,
Nampaknya belum ada panggung wayang, bowling & gaming center seperti Batu Pahat Mall, tapi ianya memang memadai untuk permulaan. Antara Daya tarikan Kluang Mall adalah:

Big Apple Donuts & Coffee

Secret Receipe

Pacific Hypermarket

Amebo

Roibo
Lebih banyak gambar ada di review Kluang Mall di Ayer Hitam.
Twitt Twitt
sey_alg9: wah..kluang mall dah bukak!!!mantap bndr tanahairku..hehe
Razali: Berapa lama dah tak balik ni? Maju dengan pesat dah bandar kau.
nashrex: aku antu big apple. chesse dia sdap wooo
ikoko: huwaa.. sangat hebat.. lebih hebat dari BP Mall.. BP Mall tempat makan biasa2 ajer.. hoho..
Razali: Cheese? Donut yg mane satu eh?
Razali: London cafe BP Mall da tutop. So saye berpaling tadah & pegi kluang mall makan donut je la tetiap minggu.
linda: Its nice!!! at least we have a small pavillion look alike hang out place!!!
Weilian: Eh... kan saya dah beritahu Kluang Mall buka pada 24hb dan saya ajak En. Razali pergi ambil gambar kat sana? Rasa-rasa macam pernah nampak En. Razali dan Akmal di Kluang Parade satu hari dulu tapi takut nak tegur. Nanti salah orang... hahaha.
Razali: Saya tak ingat tarikh.. Sorry. Oh ye ke ada nampak saya. Alamak kenapa tak tegur. Hehe.. Saya biasanya berdua dengan tunang saya tu. Lain kali kita jumpa lagi di sana ya.
Razali: Agree with you. I waiting for Big Cinema opening. I hope they provide better sound system from its competitor. :)
ikoko: hokeh.. saya sudah rasa big apple mmg sangat mahsyukkkkkkkkk ok suka yg mocha, pastu yg ada cheese atasnya.. memang walllaaahh