Resepsi Dani & Hasbullah from Razali
Saya & Akmal dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Dani & Hasbullah pada 13 December 08 yang lalu. Cuaca yang sangat lah baik hari itu. Panas. Berpeluh² pengantin lelaki semasa berarak. Keluarga lelaki datang dari Johor Bahru kalau tak silap. Kampung Dani pula letaknya di Parit Haji Ali. Jauh ke dalam letaknya. Sekelilingnya ada ladang nenas & jagung. Mesti seronok kalau pengantin di bawa ke kawasan tu. Saya tak sempat berbual dengan official photographernya. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..
Sila klik pada gambar untuk lebih besar
MOHD RAZALI
Principal / Photographer
Focus Media Technology
+60127333960
razali@focusmedia.my
Twitt Twitt











jas: wahhh..smart2..ko pkai lens ape ni ayie?kit lens ke lens lain?mcm best je..bl nak jlnkan projek secara besar2an?
Razali: Gambar 2 baris atas pakai 55-200mm Nikkor VR. Yang bawah pakai 50mm Nikkor f1.8. Projek besar belum lagi Jas. Tunggu la pailing kuat dulu. Nak buat bangunan tinggi tapak kena kukuh.
Azam: aih, tmpt ni... kalau xsilap OP asal (bukan yg OP yg ko jmpe ni) dia suh aku tngkap kt cini haritu..
Razali: Hish nape kau tak ambik...
farolxynal: urm,sape dani & hasbullah ni yie.?
Razali: Kawan aku. Tangkap masa kenduri jek. Bukan official lah.
eshazli: bleh join ka hang punya wedding shoot 31 Jan nanti..brapa hari shoot, brapa jam?
Razali: Oh boleh. Tapi pengantin belum confirm lagi bang. Tunggu confirm la.