Sebelum ini ada saya terangkan mengenai Memahami Konsep Rule of Thirds untuk mendapatkan kestabilan pada gambar dan ianya berkait rapat dengan topik ini.
Seringkali kita tanya, sudut mana yang paling sesuai untuk gambar-gambar potret?
Tak kiralah, sudut manapun boleh.
Bagaimanapun, ianya perlulah bersebab.
Secara dasarnya, kita mesti ikut peraturan (yang kita tahu ianya pasti dilanggar) semasa merakam potret, subjek melihat ke satu arah, walaupun dia memandang ke arah itu, adalah lebih baik meletakkan kedudukan dia berlawanan dengan sudut yang di lihat.
Lihat gambaran dalam entri ini untuk rujukan, setiap potret yang dirakam memandang ke kiri atau kanan. Maka jurugambar sebaiknya memberi sedikit ruang kepada sudut yang seseorang dalam gambar itu melihat.
Sebabnya ialah orang apabila seseorang melihat gambar ini, mata akan diarahkan ke sudut dimana orang dalam gambar itu melihat. Jadi kita memberikan subjek dalam gambar sedikit ruang untuk melihat dan ianya menghasilkan gambar yang kelihatan lebih semulajadi kepada sesiapa yang melihat potret ini.
Walaupun sedikit perubahan pada sudut potret akan menghasil framing yang menarik dengan menggunakan teknik ini.
Breaking The Rules
Memang benar kadangkala gambar yang dirakam dengan cara yang bertentangan menghasilkan potret yang menarik. Hasilnya mungkin tidak begitu menggembirakan dalam satu tahap dan menjadikan penonton merasa sedikit sahaja keghairahan, tetapi adakalanya ia menghasilkan pandangan berbeza yang lebih menarik perhatian.

Semua gambar adalah hak milik Mohd Razali Hamid
Twitt Twitt




amoi: tutorial yg menarik...thanx...:)
ikoko: sokong
SangPhotographer: great one bro.. harap semua dpt paham :D terbaik di johor, melaka dan selangor
Akmal: potrait, rasanya lagi bagus kalau kita focus pada lighting.tapi kalau dah gabung dengan komposisi yang mantap, mesti lagi hebat :)
Razali: Saya cuba belajar & berkongsi asas permulaan fotografi. Lighting adalah sebahagian daripada sesi pembelajaran yang akan datang, InsyaAllah. Terima kasih.
Fauzi: Wajah yang mengadap amat hampir dengan tepian frem juga mampu menghasilkan penceritaan dan ia bergantung sepenuhnya kepada cerita yang hendak disampaikan. (Perlu penghayatan & pembelajaran dalam subjek 'Fotografi Seni Halus')
farolxynal: oh yang ni,kalau boleh ako nak tau lebih lanjut la yie..
fatin: jd guru mengajar sy bile sy da kuar skola nty kn best.. i love nature picture