Kelas Fotografi Kebajikan Untuk Tabung Bantuan Gaza tamat dengan jayanya. 13 orang jurugambar bejaya dikumpulkan bersama dengan krew andaman oleh Abdullah dari Waris Berandam & seorang model. Beberapa yang lain tidak dapat hadir. Kami mulakan persiapan pada jam 3 petang. Abang Shazli memasang kelengkapan studio lighting yang dia bawa dari Klang. Dia mengajar beberapa asas merakam potret dengan sudut dan langkah yang betul.
Dana Untuk Gaza

Selesai sesi perbualan, kami meneruskan mempelajari teknik fotografi studio dengan backdrop berwarna hitam.
Mira & Bear
Penggunaan studio lighting adalah sangat baru bagi kebanyakkan kami.

Langsung tak menyedari masa berlalu. Tak siapapun mengingatkan tentang gerhana pada petang itu. Kami membawa model, cik Mira ke kawasan luar rumah untuk mendapatkan neutral lighting. Beberapa sudut di ubah untuk mendapat perbezaan cahaya.
Mira Outdoor

Tamat akhirnya sesi di rumah kayu.. Terima kasih buat tuan rumah..
Sesi Foto Pt Khasan

Seterusnya kami ke destinasi outdoor, Sawah Sagil. Di sini cahaya petang lebih menarik. Kami mulakan dengan pengambaran model menggunakan cahaya matahari petang.
Mira Outdoor Shooting Sawah
Kesemua mereka memanfaatkan model dengan sepenuhnya!

Farol Strobist
Model terpaksa pulang awal atas tugasan lain. Farol dengan sukarela membantu menggantikan posisi itu.

Kelas tamat jam 7.30 p.m. Kami berehat sebentar di R&R Parit Khamid. Selang beberapa puluh minit, Are Team & Jai sampai menyertai kami. Perbualan larut hingga lewat 9 malam. Kami ke Kluang untuk sesi malam di Euro Funfair. Habiskan masa lebih sejam disana. Kami ke bandar Kluang untuk memasukkan hasil kutipan ke Tabung Bantuan Gaza-NSTP. Malangnya mesin CDM telahpun tutup jam 12 malam. Terus ke bumbung hijau untuk makan lewat malam & mengira hasil kutipan.

Kesemuanya berjumlah RM220.
Maybank2u Tabung Gaza NSTP

Terima kasih atas sumbangan anda semua!

En Shazli
Yana Harmila
Azlina & Tunang
Farol Razi
Epul
Azhar Saad
Zairulmiza
Nursyidatulakmal
Safril
Zack
Mohd Shahir Sharom
Mohd Azam
Mohd Razali
Cikgu Awal
Are Team
Jai

Kami di Sawah

You Might Also Wanna Read This:

Pingback from Charity Photo Session For Gaza Fund Report | Ayer Hitam

[...] Farol Razi Epul Azhar Saad Zairulmiza Nursyidatulakmal Safril Zack Mohd Shahir Sharom Mohd Azam Mohd Razali Cikgu Awal Are Team [...]

yana harmila: wahaha.. aku ada di situ..

shahir: waa aku pon ade kat situ... ;)

Weilian: Ah... saya tahu hari itu ada gerhana pada pukul 4.30 petang tapi saya terlupa juga. Tertidur masa itu. Anyway nice outing there. Nanti saya curi ilmu dengan Cikgu Awall.

Azam: rasa rugi bile xgunakan peluang yg ada. Trima kasih utk abg Shazli yg sanggup dtg dr Klang

areteam: Alhamdulilah, selamat semuanya~ thank alot pada kenkawan semua yg terlibat dengan program ini..

pak lah: i pun da ada blog .. heheh best nyr.... rasa mcm -hitech sangat tau... heheh... (tengah jakun) thanx ayie.. hmm... ape pun, nak invite u all ke "futsal fiesta open 2009" nanti aku bg info kat incik ayie. datang jgn tak dtg ... ( 99x )

farolxynal: rase happy sangat dapat berkumpul mcm ni..x lupe gak buat shazli yang sudi datang dari jauh dan kawan2 yang lain..

achmal: besh besh dpt jumpe rakan2 dan tunjuk ajar dari shazli. jauh dtg tu... ehhe~

Razali: Thanks a lot Pak Lah dapat sediakan model & pakaian! Next photo session will be inform later.

en_me: sawah kat sagil ayer itam kat kampung maner teww erk.. me teringin nak gi sanerrr one uooolsss..

ikoko: huhu saya tahu pasal gerhana pun masa tengok berita malam tu.. ohohoho.. rugi kan.. aih.. tapi org cakap, kat malaysia tak nampak sgt gerhana matahari tu..

chot: bagus usaha murni korang ni...

Pingback from Kelas Fotografi 260209 - Relax

[...] Parit Haji Khasan Jegol. Mencarinya membuatkan aku tersilap jalan. Boleh pula aku masuk jalan Parit Botak. Dah kenapa lah kan? Tu jalan nak ke Benut. Aih aku ni. Konon-konon masa tu hafal map, yakin je masuk jalan ke Parit Botak tu. Uhuhuhu. Ntah kenapa dalam map kat kepala aku, ada nama Parit Botak. Aihshh.. Jadi, terpaksa menghubungi Ayie a.k.a Slax. [...]

Pingback from Kelas Fotografi Kebajikan Untuk Tabung Gaza Selesai! | Achmal

[...] Tabung gaza yang telah berjalan dgn lancarnya di bawah kendalian En. Shazli sebagai tutor kami. 13 orang jurugambar bejaya dikumpulkan bersama dengan krew andaman oleh Abdullah dari Waris Berandam & seorang [...]

khairil: salam sya nk tnya cket,,, sya student poli n sya nk buat program untuk kutipan derma untuk gaza,,, tp sya xtau nk contact mna2 pertubuhan yng bertanggungjawab (mohd khairil kadir,,add sya di facebook)


Recent Comments:

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

FACEBOOK
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork