Belum mampu untuk memiliki sebuah Wide-Angle-Lens? Saya memang menggemarkan fotografi panorama. Tapi untuk memiliki sebuah lens yang luas memerlukan bajet yang agak di luar kemampuan buat masa ini. Jadi saya mempelajari teknik mencantum rakaman panorama dengan lebih daripada 1 keping untuk mendapatkan hasil ruang panorama yang lebih luas.
Klik pada gambar.

Gambar di atas dihasilkan dengan menggunakan 10 keping gambar yang dirakam menegak (vertical) dicantum dengan menggunakan Adobe Photoshop CS3.
Untuk melihat gambar dengan saiz sebenar, sila lihat di sini.
Awas! Ianya tersangat BESAR!
Ataupun yang lebih kecil sedikit.
Tips:
1. Gunakan tripod
2. Ubah kanta kepada manual focus
3. Kecilkan Aperture
4. Jika anda merakam tanpa tripod, cuba berdiri statik pada satu titik
5. Gunakan Exposure yang sama
6. Elakkan menggunakan Flash
7. Rakam setiap sudut, pastikan anda merakam sekurang-kurangnya 20% – 40% kawasan dalam gambar yang sebelumnya.
Cara Mencantum Gambar dengan Photoshop CS3 / CS4
1. Pergi ke File > Automate > Photomerge…
2. Pilih Layout yang bersesuaian dengan gambar asal (Perspective, Cylindrical, Reposition Only, Interactive Layout) Jika tidak pasti, gunakan Auto sahaja.
3. Browse fail gambar asal. Pilih kesemuanya. Open
4. Tekan OK dan tunggu Photoshop mencantumkan kesemua gambar. Format RAW akan mengambil sedikit masa.
5. Setelah Photoshop siap mencantumkan gambar-gambar, crop dan buang bahagian tepi. Selesai.
Selamat mencuba!
Twitt Twitt




Azam: Syok2, best teknik ni. Xpernah lagi mencuba. Tapi apa akan jadi klau kita gunakan flash?
Razali: Rasanya kalau kawasan yang dah terlalu terang tak perlu exposure dari flash. Bergantung pada lokasi la kan.
azharsaad: minggu ni aku nk try la cikgu.nanti komen kt flickr ye! thanks3!
Razali: Cikgu la sangat. Ngko rupenye! Hehe.. Jumpe jugak, aku tengok2 gambar gelap je. Tak kenal beb.
Fauzi: Flash boleh digunakan untuk tujuan ini, tetapi harus dilakukan setting secara manual (flash & kamera). Sebaik-baiknya pencahayaan hanya sekadar untuk fill-in sahaja, dengan harapan bahagian yang gelap tidak akan terlalu gelap...
Razali: Terima kasih sudi berkongsi. Saya masih belum mahir dalam panorama.
KNizam: wow ! cun giler ah gambar sawah padi nanti nak letak la kat header. pinjam ya. hehe :)
Razali: OK. Written permission allowed. Time kasih Nizam.
farolxynal: bile boleh try ni yie..ako ni selalu je harapkan ko ek..huhu
Razali: Try la shoot dulu, malam kang aku ajar.
chot: good tips sifoo!