Majlis berlangsung pada 8 Februari 2009 di Kampung Parit Siraj, Ayer Hitam, Batu Pahat. Samsul adalah kenalan saya semasa bersekolah rendah dahulu. Isterinya, Fadzilah Bte Omar berasal dari Pokok Sena, Kedah. Tak sempat nak tanya dimana mereka kenal ni. Seminggu lepas mereka di Kedah, yang juga kampung halaman orang tua saya. Adat di sana kebiasaannya jarang sekali pengantin diarak & bersanding. Sering kali saya ikuti kenduri saudara mara yang masih rapat disana. Memang sangat berbeza. Di sini isteri Samsul dapat merasai kelainan adat orang selatan.


Koleksi gambar-gambar majlis resepsi pasangan Samsul Ramli & Fadzilah Omar di Parit Siraj. Tekan pause dahulu untuk dapatkan kualiti video yang baik.

Samsul Alip Wedding
Setibanya pengantin, mereka diarak diiringi paluan kompang dan penari zapin.

Samsul Alip Wedding
Sebelum dapat masuk ke rumah, pengantin mesti di sambut oleh ahli silat.

Samsul Ramli Wedding
Pengantin naik ke pelamin, bergambar dengan ahli keluaga. Sesudah itu, barulah mereka boleh menjamu santapan raja sehari.

Samsul Alip Wedding
Salah seorang rakan rapat dari sekolah rendah, Mohd Yazid Sharif.

Samsul Alip Wedding
Tahniah buat Samsul / Mat / Alip!

Dia dan isteri akan berjauhan buat masa ini. Seorang di Johor Bahru & seorang lagi di Kajang. Pastinya hujung minggu mesti luangkan masa!

MOHD RAZALI
Principal / Photographer
Focus Media Technology
+60127333960
razali@focusmedia.my
YM: drusoft@yahoo.com

-

You Might Also Wanna Read This:

achmal: muke dia cam fahmi sket la hehe manis pengantin baru ni

Firdaus™: kitorang panggil samsul ni mat masa skolah menengah...hehe

areteam: nice shot geng.. :D


Recent Comments:

  • isk: Yeah it was a long long day. Glad that you were...
  • Shay Rahman: congratss beb…. rugi aku tak...
  • roeza: heyyy that is soo switt!! congratulations to both...
  • azlan shah: selamat pengantin baru bro, semoga...
  • aku: ayie, maaf la aku xdtg majlis ko. aku xlarat nak...

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.