Selepas 40 hari kelahiran bayi, macam biasa orang-orang tua mesti nak adakan kenduri kesyukuran & cukur jambul. Majlis ni tak diadakan selepas kelahiran sebab ibu-ibu mestilah letih lagi badannya kan. Sesetengah kaum Melayu panggil ada ni Endoi, di sebelah utara sanalah. Arwah abah aku dulu panggil macam tu juga, dia dari Kedah. Kalau belah-belah perak di panggil Naik Buaian. Tapi kat Johor, kami yang Jawa ni panggil Cukur Jambul. Family Zaharah ni orang Johor, tapi suami dia pulak dari Perak. Dapatlah dia rasa kelainan adat Johor macam makan nasi ambeng yang kena bungkus sendiri bawak balik. Lain-lain acara biasanya sama je lah. Berzanzi, bayi di dukung sambil berarak keliling tetamu yang berzanzi. Imam, ketua kampung, atuk & bomoh kampung biasanya potong sikit bahagian rambut bayi. Peralatan yang wajib ada mestilah bunga rampai, kelapa muda kuning, daun sireh, beras campur kunyit untuk di lumur atas kepala bayi, beras putih, bunga telur & air wangi. Ada yang menghias buaian bayi cantik2. Macam-macam lagilah. Lain padang, lain belalang. Adat resam melayu tetap didukung. Sambungan dari gambar-gambar Cry With Joy Baby yang aku & Azam tangkap beberapa hari sebelumnya.
Tekan Play ( > ) & pause ( || ) sekejap ye kawan-kawan.
Bawak bersabar dengar kelembapan internet untuk load video ni sepenuhnya.












Twitt Twitt
Pingback from Cukur Jambul Alauddin : Apple Mint
[...] by Razali Foto by [...]
cik puan mazlan: cantik2nyer gambar. tahniah salam kenal dari qalish