Titik Fokus Potret

February 28, 2009 | 12 Comments »

Ayu - Titik Fokus PotretDalam fotografi, titik fokus adalah lebih luas daripada sekadar gambar yang tajam atau benda yang kita nampak sahaja. Focus boleh menyerikan subjek dengan menjadikan subjek itu menyerlah berbanding dengan latar belakang dan kawasan sekeliling subjek. Fokus yang betul boleh menghasilkan daya tarikan serta emosi kepada penontot. Apa sekalipun jenis fotografi yang anda suka, titik focus akan menjadikan gambar kita sangat menarik atau sebaliknya. Ada beberapa tips yang aku pelajari dari pemahaman sendiri dan pembacaan Rahsia Tips Asas Fotografi. Topik ni berkait rapat dengan cerita Shallow Depth of Field sebelum ni. Tips ini sesuai dipraktik untuk manusia atau haiwan.

[audio:mercy.mp3]
Sambil-sambil boleh dengar lagu Mercy by Duffy (courtesy of my dear Akmal)

Fokus Pada Mata
Fokus Mata
Bahagian terpenting pada subjek potret ialah MATA. Sesiapapun mesti akan tengok bahagian mata dulu bila terpandang portrait. Percayalah.. Takda masalah kalau nak tangkap bahagian hidung je ke, telinga, rambut, tapi kalau tak boleh lawan gambar yang fokus pada mata & kabur latarnya.

Besarkan Aperture
Macam mana nak dapatkan bahagian mata tajam? Maksimumkan saiz bukaan aperture. Tapi yang seeloknya guna 1 stop atau 2 stop lebih kecil dari saiz maksimum bukaan aperture lah. Contohnya kalau lens Nikon 50mm f1.8, gunakan aperture f2.0, f2.2, f2.8 atau f3.2. Kalau tak buat macam ni nanti bila subjek terlalu dekat, bahagian mata sahaja yang tajam, hidung, mulut, telinga & rambut kabur.

Rapatkan lens
Lens kit biasanya 18-55mm f3.5-5.6. Rapat dengan subjek, zoom lens sampai 55mm dan besarkan aperture sampai f5.6. Maka kita akan dapat subjek yang sharp keseluruhan muka dan kabur bahagian latar. Pastikan titik fokus pada mata. Boleh ubah kedudukan framing kalau rasa tak kena, tapi mesti fokus bahagian mata dahulu, tekan shutter separuh dan ubah framing sebelum lepaskan shutter.

Bob - Titik Fokus Fotografi

Baby - Titik Fokus Fotografi

Titik Fokus Potret

Baby - Titik Fokus Fotografi

Baby - Titik Fokus Potret

Angsa - Titik Fokus Potret

Bam - Titik Fokus Potret

Pakej Fotografi Mohd Razali 2010

You Might Also Wanna Read This:

zara: yup..mata..cantik gamba baby n kucin..bulat matenye

achmal: info yang padat. nati amik potret fokus di mate :)

Azam: mata umpama nyawa. xbleh tahan tgk angsa tu makan penuh mulut :)

Weilian: Gambar baby sebelum gambar angsa tu sungguh cantik. Excellent!

Zaid: hebat...

jett: nice tips dude..learn a lot from this page

catzer: Aku teringin nak amik picture kucing aku bhgn mata..cish tak reti dok diam..aje nak mencakar muke aku jerk.

Razali: Tu cabaran shooting gambar kucing kan. Kena jinakkan dia dulu, mungkin masa yang sesuai sebelum atau selepas makan. Tengok mood dia. Hehe~

bngishak: Terima kasih atas tip-tip tu semua.

areteam: great info dude~ t'kaseh sharing utk aku yg newbie nieh :D

mahazi ilmar: teringin la nak ambik pic camtu.. paling cantik gambar angsa.. sharp gler...

shamil: salam... titik focus yg cantek... sy still biggner lg... thnks bro for information... bp ekh... sy keje snie jgk... salam perkenalan~


Recent Comments:

  • jazzeyra: salam.. majlis xcnfirm bila, tp dlm bulan 10...
  • zairulhishyam: akum..tolong book 1/1/2011..majlis...
  • nik saadiah: saya nak bljar fotografi dr abg...
  • ken: kalau kaler tak idop camne lak bro?
  • SITI: i like your job,,,, baru pas tgk pic wedding...

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.