Siapa tak pergi memang rugi ni! (macam aku). Hasnuddin Abu Samah (FotoTeacher.com) akan mengelolakan sebuah bengkel Asas Potret Perkahwinan pada 29 March (Ahad) ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Yuran hanyalah RM30.00 sahaja seorang kerana Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya akan menaja kos utama Bengkel Fotografi ini. Beruntungkan? Kepada yang belum mengenali Hasnuddin, beliau adalah seorang pakar yang sudah berkecimpung dalam dunia fotografi perkahwinan selama lebih 12 tahun. Pada tahun 2002 beliau menubuhkan Adan Impresif (kini dikenali sebagai Adan Cameraworks), sebuah syarikat yang memberikan khidmat eksklusif fotografi dan videografi khusus untuk majlis perkahwinan. Adan Impresif merupakan salah sebuah syarikat perintis di Malaysia dalam bidang fotografi perkahwinan dan menjadi antara pencetus perkembangan industri foto kahwin di Malaysia.

Hasnuddin juga merupakan antara jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dan ramai tokoh-tokoh koprat yang menginginkan kualiti gambar yang terbaik. Malah, beliau juga pernah memberikan khidmat fotografi di luar negara kepada pelanggan antarabangsa.

Hasil karya beliau juga pernah tersiar dalam berbagai media di dalam dan luar negara seperti City Wedding Tokyo, Bridal Gallery, Bridal Guide, Malaysia Tatler, The Sun, Kosmo!, Berita Harian, Harian Metro, Pesona Pengantin, Majalah Perempuan, Diva, Harmoni dan lain-lain lagi.

Poster Pesta Perkahwinan Putrajaya

Bengkel fotografi khas anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama fototeacher.com, sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya.

Untuk melihat hasil kerja professional Hasnuddin, sila lawati laman portfolio beliau. Beliau juga sering menulis tip asas fotografi di dalam blog fototeacher.com.

Bengkel ni terhad kepada 50 peserta terawal sahaja. Janganlah lepaskan peluang. Kalau aku tak ada hal, memang aku pergi. Mana nak dapat bengkel semurah ni. Lain la bengkel amal macam yang kita buat dulu. Sesuai untuk jurugambar perkahwinan yang baru nak mula bertapak, macam aku jugak. Hai…

Kalau korang ada masa terluang dan berminat nak turut serta, DAFTAR SEKARANG!

You Might Also Wanna Read This:

pak lah: uish.. hebat.

mrozaidi: Aku pun nak p jugak...

rina: bile nyer ade lagi? Kena lah selalu cek blog Adan.


Recent Comments:

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

FACEBOOK
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork