Minggu lepas Rohairi balik bawak kawan. Minggu ni Farol balik bawak kawan. Lagi 2 minggu aku ikut Wak Pan jumpe family kawan dia. Wow! Semua orang dah ada kawan sekarang.

Farol bawak cik Cake / Nur Haslizawati jumpa mak ayah dia semalam. Tido kat kampung 2 malam & gerak ke KL awal pagi tadi. Sepetang semalam kitorang berjalan sampai ke Batu Pahat untuk cari tempat menarik shooting cik Cake. Sudahnya kitorang balik Ayer Hitam jugak. Panjat bukit Bandar Baru Ayer Hitam, main tiup buih atas bukit. Petang tu sangatlah panas. Tak tahan rasanya nak duduk lama atas bukit tu. Aku ajak diorang ke Kluang, Farol sebelum tu ada sebut nak makan roti bakar Railway Station. Dah lewat sangat ni mana sempat nak ke railway. Makanya kitorang ke Railway coffee dekat tengah town je. Sebelum sampai Kluang tu, kitorang stop tepi jalan. Ada satu kawasan lapang penuh dengan lalang putih.


Cake pandai buat posinglah. Macam dah biasa pulak ni. Ewah. Skin tone dia pon cantik. Touch up jerawat sikit2 je dah oke. Minimal editinglah.

Farol tolong bagi idea untuk dapatkan bayang2 belakang payung. Menarik! Diorang seolah-olah bercium (atau memang?) sebalik payung tu menghadap matahari, kitorang shoot dari belakang. Agak susah nak dapatkan sudut yang menariklah. Kena praktis lagi.

Bila dah senja Farol ajak main lighting, strobist. Ada 3 flash ni pon dah cukup, Nissin semuanya. Cake pegang bunga senduduk.

Pukul 7.30p.m baru kitorang gerak ke Kluang Station. Badan dah ada macam2 bau wey. Tahan ajelah. Makan kat luar kedai je, masuk dalam kang macam2 baru pulak ada. Terima kasihlah buat korang balik kampung bawak aku & Azam jalan2. Hehe.. Lain kali datang lagi ye cik Cake. We would love to shoot you again.
MOHD RAZALI
Principal / Photographer
Focus Media Technology
Central Johore Wedding Photographer
+60127333960
razali(at)focusmedia.my
YM: drusoft@yahoo.com
Twitt Twitt
achmal: ewah2 kemain lagi mereka2 ini heheh nice shot! suke gambar senje2 tu :)
en_me: chantek ghitewww..
Shaffik: Beb cun gambar ni..lagi2 yang ader bubble tu..
Yana Harmila /bRaT: wah.. bila nk bawak kawan gak nims...wakaka
areteam: uyooo.. memasing dah ada couple eh.. pre wedding tok farol la nieh eh hehe congrats farol.. majlis sok jgn lupa jemput kenkawan weii hehe
Azam: farol dgn cake mmg sporting. trima kasih bw kami jln2 incik farol. gmbr aku xsempat upload lg ni :D
jas: weh..best2..liting tu pun best..best2 belaka lah..ala2 pre-wedd la nih..
farol: hi, kawan2..ini adelah lakonan semate2 ye.huhu.:).hampir kesemua photo2 di atas memang masyuk..congat yie.!!
jett: aku bangga ngan hasil outing ni..
zara: eh berlakon eh farol?ngat betol td..hehhehe
::: ReActivate :::: ::: askm razali wasssupp bro? nampaknyeer blog bro pon terang bederang gambar2 bro di sini.. very great captured.. especially shot atas bukit bandar baru ayer hitam tuh.. paling saya sukee ialah pix yg ada belon sabun tuh.. kedua ialah pix silhoutte payung.. [hehe] cium atau tak tapi mmg pandaii bro cari angle supaya nampak mcm betul2 cium.. objek payung lutsinar tuh pon menarik.. sunset yg pertama tuh lawa backgroundnyer.. mcm wallpaper.. pandaii gak bro masukkan video dlm nih yee.. ::: tag pix kat atas tuh kelakar leer [hehehe] very2 nice.. [huhu] tengkiu bro for the comment.. :)
Richie: fuhhh.. penuh dengan gambar2 yg sharp
Pingback from Ahli Mesyuarat Tingkap Baru | Blog Razali
[...] lepas dia balik bawak cik Cake yang comel2 tu. Belum sempat tunjukkan kawasan2 menarik kat Ayer Hitam ni lagi kat Cake. Tak banyak [...]