Mal kerja half day harini, kitorang janji nak jalan-jalan lepas makan tengah hari. Memang kebiasaan hari sabtu je lah outing kami ni, ahad Mal rehat. Aku dah berkira-kira nak pergi Tasik Machap, haritu masa shooting ngantin kat situ macam best je. Dari Kluang lebih kurang pukul 2. Aku tengok awan macam dah gelap sikit. Laju-laju aku kayuh lalu motor cabuk ni lalu Tol Ayer Hitam – Machap. Sampai sana ramai pulak yang kusyuk memancing. Alahai.. Weekend ramai orang rupanya sini. Masa kitorang shooting Norlah & Kadir haritu cuaca memang sangatlah cantik & orang pon tak seramai hari minggu macam ni. Kitorang segan pulak nak main kat air, tak pasal² kena baling dengan batang pancing karang! Aku ajaklah cik tunang jalan² ke kawasan pokok hutan. Memang tak ramai yang sampai kawasan ni lah aku rasa. Rumput kemas, ada batu-batu besar. Boleh berkelah ni!

My Wonder Girl

Tumpang sandar

Natural lighting kurang cukup membantu bawah pokok ni. Fill sikit dengan flash yang aku bawak. Oh ye, Nissin aku yang patah masa futsal haritu dah ada pengganti. Aku beli kat Digital Mania je. Ada mahal sikitlah berbanding yang sebelumnya, tapi nak pakai cepat, terpaksalah melabur sikit. Lens aku pon dah berjaya aku gam. Alhamdulillah… Ada 2 lens ni dah cukup. Cuma kadang2 tu frust dengat hasil fokus manual 50mm ni, jangan percaya LCD bak kata Ijam. Balik tengok hasil2nya hampir semua out of focus. Nasiblah beratus2 keping aku shoot tadi.

Dia memang macam ni

Tilik Jari

Jum Balik!

Eh singgah jeti kejap

Oh ye, jeti ni la yang aku jatuh minggu lepas. Masa aku jatuh haritu air agak cetek, tapi harini nampak lebih dalam. Phew.. Nasib baik tak terjatuh dalam tasik ni haritu, Kalau tak maunya meratap pilu aku tengok kamera masuk air.

Cincin cik Akmal

Kawan² yang belum diberitahu, aku dah bertunang bulan 11 tahun lepas. Ni 2 bentuk cincin merisik & tunang buat cik Akmal ku sayang. Gambar untuk majlis pertunangan kami belum sepenuhnya sempurna untuk ditontonkan. Maaflah. Apapun, terima kasih untuk Azam, Yana & Faiz sudi tangkap gambar cik tunang saye ni. hihi..

MOHD RAZALI
Principal / Photographer
Central Johore Wedding Photographer
Focus Media Technology
+60127333960
razali@focusmedia.my
YM: drusoft@yahoo.com

You Might Also Wanna Read This:

Ajoi: bacaan selepas kurang 30 minit dipost. eh?

Ko memang tere.

t u t y: br uplod ea? nice shoot.. tomel2.. tomey nyer ring akak mal, hehe ;p

Baru je sekejap. Tuannye tomey?

Weilian: Hmm... saya tak tahu pun ada tasik kat situ. Anyway... nice and interesting photos.

Tasik ni pon cantik juga. Saya tak pernah tunggu sunset kat sini lagi. Mungkin lebih cantik.

Azam: Nasib baik ada teselit gmbar jeti, kalau tak memang tak sangka tu tasik macap

Segan nak main2 kat air lah. Ramai kaki pancing.

achmal: hihi gambo saye je byk. gambo awk tade ponnnn!

Eh mestilah. Heroin mesti lagi glamer.

ijam: Wah..rajin la korang ni bejalan...klau g ramai2 tu bwak reflector skali ganti dgn flash...klau lighting xcukup jgk...bounch kan flash kat reflector..mesti GO!

Terima kasih kasih tips ni bang. Akan kami usahakan akan datang.

areteam: ya btoiii... jgn tertipu dgn LCD aku pun byk OOF guna 50mm f1.8 nieh.. nice shot geng.. berdua je ke shot pre wedding korang ekekeke

Tapi ko punye body ada AF motor kire OK lagi tim. Aku tarak.. p/s: Berdua je shoot pre wedding. Lom mampu hire.

areteam: kasi angkat nikkor AF-S 50mm 1.8 arr hehe ada SWM, tak pun upgrade body.. p/s... guna duit kawen ko sket tok upgrade body.. jgn bgtau achmal arr nanti dia mengamuk hahahaha

Takpele. 50mm ni pon dah cukup. Tunggu modal lain la nka upgrade body.

farol: mase yang mal kat jeti tu photonye smart.xsempat pun nak melawat kat sini hari tu.huhu

ikoko: huhu.. patut la aku tengok korang haritu ambik gambo, tak tengok LCD.. rupanya tak caya kat LCD.. pelik jugak masa tu.. sebab korang pakai DSLR.. skrg baru tau kenapa.. :D okeh okeh.. dah dapat satu ilmu.. haih.. tu la kan.. kena ambik beratus2 gambo.. pastu yg dipilih bape je.. :)

Click here to get a free dayz standalone steam key by using our dayz standalone keygen: Thanks for the dayz key generator the dayz standalone keygen works!! hey if you guys want free steam keys for dayz standalone visit: http://dayzstandalonegenerator.blogspot.com/


Recent Comments:

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

FACEBOOK
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork