Front Page
  • HOME
  • About
  • Contact
    • ASK ME
    • Chat
  • Wedding
    • Calendar
    • Pakej
  • TOPICS
    • Ceritera
    • Engagement
    • Event
    • Photojournalism
    • Random
    • Tips Fotografi
    • Tips Perkahwinan
    • Web Design
    • Wedding


Archive for March, 2009

Jalan-Jalan Hari Sabtu

March 22, 2009 | 10 Comments »

Mal kerja half day harini, kitorang janji nak jalan-jalan lepas makan tengah hari. Memang kebiasaan hari sabtu je lah outing kami ni, ahad Mal rehat. Aku dah berkira-kira nak pergi Tasik Machap, haritu masa shooting ngantin kat situ macam best je. Dari Kluang lebih kurang pukul 2. Aku tengok awan macam dah gelap sikit. Laju-laju aku kayuh lalu motor cabuk ni lalu Tol Ayer Hitam – Machap. Sampai sana ramai pulak yang kusyuk memancing. Alahai..

Click to continue reading “Jalan-Jalan Hari Sabtu”

Macam Mane Boleh Jadi Macam Tu?

March 17, 2009 | 9 Comments »

Tu soalan lazim la bila dah jadi sesuatu. Jenuh aku nak jawab sebenarnya. Dah nak jadi, apa boleh buat ye tak? Kalau aku tau Flash aku nak patah kena bola Futsal, dah tentu² la aku kensel invitation shooting futsal tu, tak la tendangan maut bola tu kena flash n kepala aku. Kalau aku tau jeti tu berlubang, tak la aku undur tak tengok belakang dulu sampai terjerumus dalam lubang dan terhempasnya kamera aku & ring lens patah. Dan tak lah seluar Nautica aku koyak lagi sampai tak boleh tampal dah. (Sebelum ni seluar aku ni dah koyak masa eksiden tahun lepas)

Makanya, terima je lah apa yang dah terjadi. Karma. Flash Nissin baru pun dah sampai. Ring lens pon aku dah berjaya gam, pakai selagi boleh. InsyaAllah.. Aku keterlewatan menyiapkan gambar² majlis pernikahan Kadir & Norlah ni. Masa tu aku takda flash & sakit kaki yang amat masa shooting outdoor tu. Hasilnya, banyak gambar yang under & shadow. Banyaklah kerja² baik pulih nak kena buat. Nasiblah 3 orang kawan2 aku ikut hari tu. Phew.. Lega.. Hasil gambar Rohairi ada 5 6 keping dalam slideshow ni. Maap la berooo aku guna gambar kau. Haha~ Cuaca memang lah sangat cantik hari tu. Cuma mungkin sampai agak lewat. Lepastu tambah pulak waktu kecederaan, lagi lah lama. Matahari dah terpacak. Shadow veil & bulu mata nampak kat muka pengantin. Tapi aku pinjam flash Azam sekejap². Faiz pulak memvividkan gambar²nya. Hahaha~

Segan pon ada masa tu. Dengan seluar koyak rabak sampai nampak boxer short aku. Jalan terdengkut2. Kalau duduk sekejap punyelah sakit nak bangun. Hadui. Dugaan. Tapi ni baru sikit, bak kate Pak Lah. Macam² lagi yang datang nanti.

Apapun, inilah hasil untuk Majlis Pernikahan & Outdoor Kadir & Norlah. Tahniah sedara!

Norlah Make Up

Cinta Di Taman

Tepi Tasik

Norlah Make Up
Sign Ageement
Akad Nikah

Sarungkan Cincin
Rakan-Rakan
Sebalik Selendang

Kadir Kacak
Seiringan
Tepi Tasik

Renjis Renjis
Sebiru Langit
Gelak Tawa

Bernyanyi Riang
Cinta Di Taman
Kadir & Norlah Di Taman


MOHD RAZALI
Principal / Photographer
Central Johore Wedding Photographer
Focus Media Technology
+60127333960
razali@focusmedia.my
YM: drusoft@yahoo.com
-

Minggu Sibuk & Malang

March 15, 2009 | 14 Comments »

Sepanjang 2 minggu ni macam2 peristiwa penting jadi kat aku. Umur dah bertambah lah, flash patah kena bola futsallah, terjatuh kat jeti lah, ring lens patah lah. Dugaan tu datang beratur. Terima dengan redha lah kan. Minggu ni pulak dah mula cuti sekolah. Wedding pon beraturlah jugak. Harini aku cover wedding Izhwan & Aida dengan Azam & Faiz di kampung Seri Mendapat, Yong Peng. Ni lah hasil-hasil gambar.

Izhwan senior aku semasa di SMKDM. Pengawas berdedikasi ni beb. Sekarang dia mengajar di UPM. Aida pon bekerja di UPM juga. Minggu lepas diorang nikah di Raub.

Tekan Play ( > ) dan Pause ( II ) dulu. Video makan masa sikit untuk loading.

Make Up

Sorok

Sarungkan dijari

Make Up
Sehijau kasih
Sarung kasut

Pesilat Handalan
Parents
Jeling Abang

Ciuman Kasih
Si Comel
Main Sorok-Sorok

Ui Jeling Tajam
Sorok
Pandang Belakang

Tarik Selendang
Pelok Pokok Sawit
Sarungkan dijari


MOHD RAZALI
Principal / Photographer
Central Johore Wedding Photographer
Focus Media Technology
+60127333960
razali@focusmedia.my
YM: drusoft@yahoo.com
-

  • PREVIOUS POSTS
  • NEXT POSTS

Recently Written

  • WEDDING PHOTOGRAPHY GIVEAWAY
  • Raihan + Ikmal
  • Azreen + Hidayah
  • FREE PRE-WEDDING!!!
  • Situasi Luar Jangkaan Jurugambar
  • Fida+Syed

Recent Comments:

  • jebril: Salam bro nak tanye dulu grad pointer first class...
  • zaki: salam, tlg ajr sya bokeh efek…
  • Anee neena: bestnye dapat kurang banyak .. kalau boleh,...
  • athirah: wah…pointer brpe dpt 90% pgurangn?? kalo...
  • syahjehan78: salam saudara.. kita nak habaq kita pnjam...

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

Send me a message



Powered by SimpleModal Contact Form
FACEBOOK

    Facebook

    Heroes Photowork
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork