Semalam, Ijamp datang ke Ayer Hitam, sempat belajar beberapa lagi tips asas potret. Esok aku akan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Kelantan lusa. Aku ikut family Wak Pan / Zairulmiza memetik bunga. Wak Pan dapat orang jauh beb, tapi mereka kenal lama dulu semasa mula kerja di Imigresen JB. Perjalanan lebih 12 jam aku rasa lalu Mersing, ke Kuantan dan terus ke Kuala Terengganu. Aku ukur kat Google map, 345+ batu! Wow..
3 hari 2 malam aku kesana. Dah lama aku tak berjalan jauh, kali terakhir ialah waktu aku terbang ke Kedah 3 bulan lepas. Kali ni lebih jauh dan lebih mencabar rasanya. Aku tak tau adat orang pantai timur menyambut bakal menantu. Harapnya tak ada yang marah kalau aku lintas2 semasa tengah majlis suai kenal bakal menantu nanti. InsyaAllah.. Ada kawan-kawan di Kuala Terengganu? Boleh jumpa kalau berkesempatan nanti.

Sampai sini dulu. Aku akan update kalau berpeluang.
Twitt Twitt
en_me: mencampax stokin kerr tewww.. ammvoiii jalannn sakannns