Front Page
  • HOME
  • About
  • Contact
    • ASK ME
    • Chat
  • Wedding
    • Calendar
    • Pakej
  • TOPICS
    • Ceritera
    • Engagement
    • Event
    • Photojournalism
    • Random
    • Tips Fotografi
    • Tips Perkahwinan
    • Web Design
    • Wedding


Archive for April, 2009

4.04 a.m

April 24, 2009 | 3 Comments »

Once in a summer

Oh, tak siap jugak album aku. Naizi & Ana dah siap, Halmi & Vita outdoor session kat Bandar Tenggara masih lagi belum complete. Tak dapatlah aku nak print esok.. Oh banyak lagi ni.. Collage pon belum siapkan. Kalau aku tak siapkan esok, by next week bertambah lagi satu kerja aku. Sabtu ni ada engagement Hanna, so I better finish all this by tomorrow. Gambar-gambar outdoor Halmi & Vita kat sawah kebanyakkannya dah diedit secara sukarela oleh cik tunang saye. Gambar-gambar Shazli shoot & edit pulak dah memanglah superb. Azam pun dah siapkan satu set lagi.

Fuh… Alhamdulillah.. So tinggal nak arrange beberapa lagi yang belum teratur, beli album, pegi BP cuci. Cover DVD mesti kena buat juga. So by next week insyaAllah diorang dah boleh ambik semuanya.

Horray!
Horay! I'm Married!

Kepala Aku Sakit

April 22, 2009 | 4 Comments »

Dah 3 minggu, aku diserang sakit kepala yang teramat sangat. Bahagian kepala kanan sahaja. Semua kerja-kerja tergendala. Orang call aku tak nak angkat sangat, sebab aku tau, yang call tu akan tanya macam-macam soalan, yang memerlukan otak kanan aku bekerja lebih keras.

Jadi sesapa yang call, tapi aku tak angkat tu, mintak maaf banyak2 la. Cuba selesaikan masalah-masalah korang tu dengan bertanya cik Google dulu. Hampir semua masalah IT aku rujuk pada dia.

Semalam ke 2 pejabat untuk pc maintenance & ke batu pahat untuk ambik supply barang-barang komputer. Aku ada 2 website & 4 album nak siapkan ni. Baru jalan 45% overall! Tapi bila aku pandang monitor pc ni lama-lama, mula berpinar-pinar mata. Terpaksa hentikan dulu. Aku tak pernah kena sakit kepala macam ni sebelum ni.

Migrain ke?

1 Done, 3 To Go

April 16, 2009 | 10 Comments »

p/s: Kalau nak tengok video lebih clear tekan HD tu atau tengok kat Vimeo

Alhamdulillah, selesai dah satu album. Wak Pan & Zila ambil sendiri album petang tadi. Aku pilih & edit pukul 11, pegi print kat Batu Pahat dengan Azam pukul 12. Lebih kurang pukul 2.30 dah sampai rumah & start susun gambar. Oleh kerana susunan gambar dah terlebih dahulu aku siapkan dalam pc, makanya kerja menyusun lebih senanglah. Tak sampai sejam rasanya aku dah siapkan album majlis pertunangan Zairul & Zila ni.

Pukul 3.30 Zila & Zairul sampai. Oh, dulu si Wak Pan / Zairul ni isi borang SPA untuk kerja imigresen kat rumah aku. Itu 2 tahun+ lepas punya cerita kalau tak silap. Dan harini dia bawak gadis yang dia kenal masa kerja imigresen ke rumah aku ni. Ahai.. Jodoh namanya. Alhamdulillah..

Aku baru siapkan 1 album, ade lagi 3 nak kena prepare. Tadi aku dah print gambar-gambar majlis pernikahan Halmi & Vita. Gambar wedding & outdoor belum siap lagi. Gambar Naizi & Ana pun belum pilih jugak lagi. Sabtu ni pulak kena sambung untuk majlis sambut menantu Vita & Halmi kat Kampung Parit Nipah, Parit Raja. Kemungkinan besar aku kena bagi 4 album lah kat diorang ni. Wow..

Ahad ni pulak ada gathering & outing di Kluang. Shazli sanggup datang dari KL untuk jumpa kawan-kawan Johor tengah ni. What an inspirationlah broo.. Aku harap dapat join dan melawat Pameran Raja sehari sekali. Itupun kalau berkesempatanlah. Ada beberapa job lain menanti minggu depan.

Gambar-gambar kat bawah ni aku ambil masa diorang datang petang tadi. Diorang nak ke sawah, aku sebok-sebok la ikut sekali kacau dating. Dan inila hasil candid rambang tadi. Unplanned, yang rosak tu jangan pedulikan sangat lah. Hehe.

Album Majlis Pertunangan Zairul & Zila

Zairul & Zila Belek Album

Zairul Bawak Zila ke Sawah Sagil

Cincin Kasih

Sepasang Kekasih

Sawah Sagil Menghijau

Bercinta

Photographer
Apple Mint
Central Johore Wedding Photographer
+60127333960
razali(at)focusmedia.my
YM: drusoft

  • PREVIOUS POSTS
  • NEXT POSTS

Recently Written

  • WEDDING PHOTOGRAPHY GIVEAWAY
  • Raihan + Ikmal
  • Azreen + Hidayah
  • FREE PRE-WEDDING!!!
  • Situasi Luar Jangkaan Jurugambar
  • Fida+Syed

Recent Comments:

  • jebril: Salam bro nak tanye dulu grad pointer first class...
  • zaki: salam, tlg ajr sya bokeh efek…
  • Anee neena: bestnye dapat kurang banyak .. kalau boleh,...
  • athirah: wah…pointer brpe dpt 90% pgurangn?? kalo...
  • syahjehan78: salam saudara.. kita nak habaq kita pnjam...

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

Send me a message



Powered by SimpleModal Contact Form
FACEBOOK

    Facebook

    Heroes Photowork
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork