Video yang ada dalam blog aku ni kesemuanya aku buat dengan Picasa sahaja. Sebelum customer dapat tengok album, aku akan publishkan gambar-gambar dalam bentuk slideshow montage kat sini dulu supaya dia boleh tunjuk kat kawan-kawan & sedara mara.


Kenapa aku guna Picasa?

Sebab Picasa adalah percuma dan ringan. Stok gambar-gambar aku semua diuruskan Picasa. Nak buat slideshow cuma ada beberapa step sahaja selepas gambar tu siap di edit. Terdapat banyak effect yang boleh kita guna pakai untuk hasilkan slideshow simple & menarik dengan Picasa ni. Disini adalah cara-cara untuk hasilkan slide show menggunakan Picasa 3.

Picasa 3 keluaran Google Inc boleh menghasilkan video slideshow yang menarik dengan cepat & mudah. Sesuai untuk jurugambar perkahwinan menghadiahkan kepada pengantin.

1. Pilih Gambar.

Pilih Gambar dalam Picasa

Gambar-gambar mesti diletakkan dalam folder yang sama untuk memudahkan proses memilih. Pilih gambar-gambar yang menarik. Tekan CTRL+Click pada gambar-gambar yang hendak dipilih. Dah puas pilih, tekan Create Movie Presentation disebelah kiri atas tu.

2. Tajuk

Isikan Tajuk Slideshow

Pilih jenis, saiz & warna font yang sesuai dan isikan tajuk video.

3. Lagu

Masukkan Lagu

Masukkan lagu tema. Kalau boleh pilih yang pendek supaya saiz video jadi lebih kecil. Tapi ia bergantung pada berapa banyak gambar yang dimasukkan. Kalau lebih dari 50 keping, gunakan lagu 3 minit ke atas.

4. Effect

Effect Movie

Terdapat 9 jenis effect yang boleh kita pilih. Pan & Zoom adalah yang terbaik.

5. Saiz Video

Saiz Video

Pilih saiz yang kita suka. Saiz yang sesuai untuk web adalah 600×400. Aku selalu gunakan 1280×720 untuk hasilkan widescreen & HD. Itu topik seterusnya. Thick pada Full fram photo crop untuk jadikan gambar penuh. Susun jalan cerita slideshow. drag sahaja thumbnail bahagian bawah slideshow untuk mengubah kedudukan gambar. Setiap gambar boleh diletakkan text & captions. Tekan pada bahagian Slide untuk meletakkan text. Preview dahulu video dengan menekan butang Play berwarna hijau.

6. Create Movie

Create Movie!

Setelah berpuas hati dengan preview movie, tekan butang Create Movie dan tunggu movie siap dihasilkan. Picasa akan menjadikan sebuah video berformat Windows Media. Saiz bergantung pada berapa panjang lagu, saiz video dan effect video. Kebiasaannya lebih kurang 30MB ke 150MB. Video ini boleh di upload terus ke YouTube atau Vimeo tapi ianya memakan masa yang lama bergantung pada kelajuan internet. Ada cara untuk hasilkan video yang lebih kecil. Topik seterusnya nanti akan diterangkan macam mana nak kecilkan video.

Selamat Mencuba.

Pakej Fotografi Mohd Razali 2010

You Might Also Wanna Read This:

Azam: ha bagus2.. terang jelas dan nyata ni.

::: ReActivate :::: ::: askm bro.. terima kasih byk2 kerana ::: explain picasa nih.. mmg saya antara ::: org yg nak tau which is better dlm ::: memilih website yg sesuai utk simpan ::: gambar spt flickr, photobucket, FP ::: deviantart dll lagi.. saya penah ::: cuba picasa nih ketika blogspot per- ::: kenalkan widgets terbaru mereka.. ::: nampaknyer picasa pon ada keistimewa ::: -annyer yg tersendiri.. yg penting ::: boleh simpan gambar scr percuma!!! ::: terima kasih bro razali for asking, ::: saya sibuk bersiap nak outing isnin ::: nih, 2 minggu cuti internet.. nanti ::: saya upload bila balik.. thanx bro! ~ keep on shooting bro! :D

areteam: thanks for sharing bro~

Sahran Al farabi: Salam bro..very nice info..kebetulan saya baru try picasa..simple je.. Anyways nice blog...saya pun berminat wat blog fotografi sendiri tapi tak pandai huhu

nad: nak tanya ckt la mcm mane u buat slideshow yg dekat atas tu yeh? yg gmb pengatin tu? Slideshow yg bahagian header atas tu tau.

SUE: terima kasih, sy berjaya menghasilkan video atas penerangan diatas...very happy...:)

Miey: Hello thanks for the direction but macam mana nak lajukan video eh ? reply this asap

how to get rid of anxiety social: Amazing blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere? A design like yours with a few simple adjustements would really make my blog stand out. Please let me know where you got your design. Thank you


Recent Comments:

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

FACEBOOK
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork

Warning: is_executable(): open_basedir restriction in effect. File(/usr/local/bin/curl) is not within the allowed path(s): (/home/:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php:/tmp) in /home/photokit/public_html/mohdrazali/blog/wp-includes/class-snoopy.php on line 208