p/s: Pastikan dah install Adobe Flash Player terbaru untuk play video kat atas ni.
Ahad lepas adalah Hari Ibu. Minggu depan pulak Hari Guru, jatuh pada hari Sabtu. Hari ibu aku tak dapat nak spend the whole day with her since I went to Tenggaroh 2. Cuma pagi tu sebelum aku pegi, sempat surprise mak dengan hadiah dari Mal. Aku tak dapat bagi pape sangat. Cuma penuhkan peti ais je lah. But she was very happy. I’m glad..
Aku balik petang tadi, mak masuk bilik borak-borak.Sampai satu part mak cerita:
Mak: Dulu masa kau nak bersalin, Ayer Hitam ni banjir besar. Mak duduk Hospital Batu Pahat. Saing-saing mak ade ramai lagi yang bersalin. Tapi ada 2 orang tu dah berumur, bersalin telur.
Terkejut….
Aku: Bersalin telur? Macam mana tu mak?
Mak: Keluar telur, sebijik2 macam anggur tu.
Aku: Ohh… (Masih tak faham)
Mak: Dah tua-tua memang macam tu la kalau bersalin..
Aku: Ohhh.. Keluar daging bulat-bulat ke?
Mak: Hak ah. Nasib baik kau jadi orang.
Gulp.. Hahai… Nasib aku jadi orang! Sebab tu aku menghargai anugerah ini. Kalau aku jadi daging seketul2 je? Dah lama jadi tanah.
Masa mak beranakkan aku tu umur dia dah 42 tahun. Dia baru pindah dari Banting ke Ayer Hitam ni. Selama 42 tahun tu mak tak pernah jejak bumi Johor setahu aku. Tiba-tiba sampai Johor mak kena tanam padi. Pokok padi pun mak tak pernah tengok dulu, tiba-tiba arwah abah suruh mak buat bendang. Dengan membela kitorang 12 beradik, lagi nak ke bendang buat sawah, semai padi, cabut rumput, halau burung, jaga tikus makan padi, balik tengah hari nak masak anak-anak semua lapar nak melantak. Petang dia ke sawah lagi. Aku membesar bawah ketiak mak. Ke hulu ke hilir aku ada. Tak pernah lekang. Sampai la ni pun aku duduk dengan mak lagi. Fuh… Macam mana lah aku tak sayang mak aku.
16 May, hari guru. Ini pun hari penting. Kalau aku tak dimaki kat sekolah, tak jadi macam ni la aku agaknya. Jasa cikgu-cikgu ni teramat besar untuk aku. Walaupun aku ni belajar tak lah boleh di banggakan, tapi kalau takda cikgu-cikgu ni, lagi tak kemana aku. Cikgu Saonah, Cikgu Misman, Cikgu Zuraida, Cikgu Sugiman, Cikgu Mas, Cikgu Khir, Cikgu Nazri Jores, Cikgu Yunus, Cikgu Faridah, ah ramai lagi. Terima Kasih yang tak terhingga buat mereka-mereka semua ni.
Azam ajak aku shoot gambar pelajar 5 Etika 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Menteri (SMKDM), Ayer Hitam, Batu Pahat, yang nak bagi hadiah tanda peringatan buat cikgu-cikgu diorang. Aku memang tak bersedia dan takda idea sangat. Tengah hari buta pulak tu. Terjah je. 2 jam lebih jugak sesi ni. Memang susah nak kawal kalau dah ramai. Yang ikut sampai last adalah 8 orang. Aku tak pasti lah berapa ramai murid kelas ni. Beruntung diorang. Dulu aku tak berpeluang nak bagi apa-apa macam ni untuk cikgu kelas. 2 tahun aku jadi ketua kelas form 4 & form 5 bawah jagaan cikgu Zuraida. Tak sempat nak ucap terima kasih pada dia. Kalau dia terbaca, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana bagi aku tanggungjawab menjadi ketua kelas dulu. Walaupun nampak macam kecil, tapi impak besar pada kehidupan aku sampai sekarang…
Terima Kasih Cikgu!







Junior Photographer
Apple Mint
Central Johore Wedding Photographer
+60127333960
razali(at)focusmedia.my
YM: drusoft
Twitt Twitt
Azam: mantap sekali video ni. Siap ada ucapan. Selamat hari guru kpd smua cikgu2 :)
Pingback from Selamat Hari Guru | [ mohd azam ]
[...] saya dan Ayie sempat tangkap gambar utk adik2 dari Sekolah Men Keb Dato Menteri. Mereka ni dari kelas 5 Etika yg [...]
Weilian: Berjaya atau gagal adalah ukuran masing-masing. Hadiah paling istimewa buat guru ialah melihat anak muridnya dapat menyumbangkan jasa untuk kemajuan negara dan bangsa.
snaj: Ayie, best nye dapat g skolah nape x ajak aku, bleh jumpe cikgu2 yg da lame giler x jumpe...
yeeen: hahaha... selamat hari guru. aku pon dah lupa skang aku dah jadi guru...
Yana Harmila /bRaT: aku one of the blacklisted student dlu.. asyik ler bertelagah nagn english teacher n cikgu BM aku..atoi x suka btol... but now i'm one of them... what a life...