Ahad lepas aku ke sawah lagi. Padi masih belum berbuah lagi. Aku pusing-pusing sekitar kawasan tengah sawah yang ada pokok pelam nan sebatang tepi pondok tu. Nak snap padi memang belum berbuah, aku tengok banyak pepatung kat sekitar ni. Aku pasangkan lens 50mm dan main dengan dof. Aku set kualiti kepada Large & Fine supaya aku boleh crop lebih besar untuk tangkap gambar-gambar serangga ni.
Tiba-tiba hinggap sekor pepatung kat depan aku. Lebih kurang 50cm je. Pelan-pelan aku snap gunakan f/2.0, ah terang sangat. Kecilkan sikit kepada f/2.2, f/2.5 dan f/2.8. Dia masih lagi tak bergerak. Oh ini bagus. Dapat aku snap dalam 10 keping. Lepas tu aku nak ubah posisi sikit, dan dia terbang. Makanya dapatla satu ni je yang memuaskan.
Maka balik tu aku dapat puaskan hati tengok gambar pepatung sebesar screen. Crop sikit untuk jadikan wallpaper. Sapa-sapa yang berminat nak download silalah. Aku ada buat 3 saiz.
800x600px | 1024x768px | 1280x1024px
Photo taken using:
Nikkor 50mm f/1.8
Nikon D90
1/125secs
f/2.8
ISO L1.0
Flash not fired
Twitt Twitt
izzat: x sangka 50mm f1.8 boleh ambik gambar ni..x lari plak pepatung tu..cantik gambar neh.. macam ambik dengan lens macro.. @izzat: Aku keraskan badan. Dia lari jugak tu.
anasxz: huhu.. patung, besar nya.. tp memang kuning ka belakangnya tu?
Razali: Belakang tu hijau padi kekuningan sikit. Tapi ejas2 kaler jadi lagu tu. Kasi vignette sikit hat tepi2. Eh aku nak tanya la. Kalau gambaq pepatung/serangga kita print, bubuh kat frame letak dalam rumah buleh ka?