Barat Ke Timur

May 11, 2009 | 9 Comments »

Sebulan lepas aku sampai ke hujung pantai timur semenanjung masa ikut hantar rombongan meminang Zila di Kota Bahru. Aku rasa itulah perjalanan paling jauh aku pernah lalui naik kenderaan darat. 14 jam! Terasa macam tak sampai-sampai. Semalam pulak aku ke Felda Tenggaroh 2. Perjalanan makan masa selama 2 jam dah tak terasa jauh mana. Pulak tu ada ramai peneman. Jalan ke Tenggaroh lalu Jemaluang memang boleh dikatakan mencabar. Macam ular kena pepah! Tu pun dah nasib baik tak jumpa gajah tengah jalan.

Aku ditemani cik Akmal, Shahir & Bul. Sampai sana pengantin dah nak siap-siap make up. Bergegaslah aku dengan Shahir ambik gambar hantaran. Rumah sanggah tak jauh mana, so tak sampai 3 minit dah sampai sana. Tapi mak andam belum benarkan masuk. Baju aku dah basah boleh perah punye. Fuh.. Aku memang dah jarang keluarkan peluh kecuali hujung minggu, tu yang sekali keluar macam nak kering air dalam badan.

Pagi tadi lepas sarapan dengan Bul, aku ke Rengit nak carik ikan. Dulu masa kecik2 arwah abah selalu bawak aku & mak ke sana. Ikan sana segar-segar baru naik dari laut. Tak payah letak air batu punya! Bersemangat la aku merempit ke sana sorang-sorang ni. Yana pon kata pasar tu bukak je. Tapi sampai sane, hampeh. Isnin cuti daaa. Aku beli jugak ketam & ikan selar kat orang kuala. Sampai simpang Pt Botak aku beli lagi ikan & ketam renjong. Kalau tak membazir je aku jauh-jauh datang balik tangan kosongkan.

Ada dua pasang pengantin adik beradik lelaki kat majlis ni. Taro, adik kepada pengantin yang aku assign ni adalah kawan sekelas Mal masa diploma UiTM Melaka dulu. Yang tangkap gambar Taro pulak cik Anum dari Atmosferapix. Dia ni pun kawan sekelas Taro jugak dulu. Ramai kawan-kawan diorang yang aku tak kenal lagi datang masa tu. Dari Sabah pun ada. Habis majlis petang tu, kami nak ke Tanjung Leman la kononnye ambik gambar kat pantai. Sekali terjumpa pulak kawasan lapang ada lalang kuning. Ah memang kat situ je la outdoor session sebab sampai situ pon dah pukul 6.45. Dapat la beberapa keping yang ok kat situ. Alhamdulillah. Kalau tak gambar dalam rumah aje tak berseri jugak.

Gambar-gambar diambil oleh Akmal, Shahir & aku sendiri mostly. Terima kasih untuk Shahir datang bagi bantuan lighting. Tahniah buat Naszari & Adela, pasangan pengantin yang kacak & cun.

Naszari & Adela

Bersinar Mata Pengantin

Pengantin Berarak

Keluarga Naszari & Adela

Adela's Family
p/s: click on this photos to view larger

Little Girl

Sahabat Handai Nas & Adela

Jelas Ceria Adela

Manja?

Dukung Isteri Tercinta

Terbenam Matahari

Cincin Perkahwinan Naszari & Adela

Junior Photographer
Apple Mint
Central Johore Wedding Photographer
+60127333960
razali(at)focusmedia.my
YM: drusoft

You Might Also Wanna Read This:

achmal: ehhehe sudah upload~ strobist tu satu je eh jadik? :P nati mitak kat anum.swuh dia emel :D

#Strobist awak yang menjadik.

amri efendi: dasat ar strobist korang li...

# Nasib je ni Am.

Azam: gmbr last tu mcm penah nmpk je :D

# Dah sampai mane la buku kau tu..

areteam: great work geng~ strobist mantop

# Tq Geng

jas: mmg baik lah abg..tak leh tido mlm aku cenggini..

shahir: huhu sama-sama... kite kan slalu kene bekerjamsama... ade gak aku aktiviti ari2 tak laa bosan menakung kat uma... huhu...

Yana Harmila /bRaT: ahai... sorry about the pasar lah.. aku pn jrg p pasar.. xtau lak cuti isnin ...akekekek nnt suh makcik masak ketam untuk aku lak eh...aekkekekeke

mahase: on barat ke timur, can you upload gambar from the adela's side. thks bro

#Razali: Oh well I've added Adela's family photo. Click on that image to view larger. Thanks for viewing.

cik anum: cun. wa baru je update kat FP. PC prob lah


Recent Comments:

  • jazzeyra: salam.. majlis xcnfirm bila, tp dlm bulan 10...
  • zairulhishyam: akum..tolong book 1/1/2011..majlis...
  • nik saadiah: saya nak bljar fotografi dr abg...
  • ken: kalau kaler tak idop camne lak bro?
  • SITI: i like your job,,,, baru pas tgk pic wedding...

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.