Front Page
  • HOME
  • About
  • Contact
    • ASK ME
    • Chat
  • Wedding
    • Calendar
    • Pakej
  • TOPICS
    • Ceritera
    • Engagement
    • Event
    • Photojournalism
    • Random
    • Tips Fotografi
    • Tips Perkahwinan
    • Web Design
    • Wedding


Archive for May, 2009

Nasib Baik Jadi Orang

May 14, 2009 | 6 Comments »


p/s: Pastikan dah install Adobe Flash Player terbaru untuk play video kat atas ni.

Ahad lepas adalah Hari Ibu. Minggu depan pulak Hari Guru, jatuh pada hari Sabtu. Hari ibu aku tak dapat nak spend the whole day with her since I went to Tenggaroh 2. Cuma pagi tu sebelum aku pegi, sempat surprise mak dengan hadiah dari Mal. Aku tak dapat bagi pape sangat. Cuma penuhkan peti ais je lah. But she was very happy. I’m glad..

Aku balik petang tadi, mak masuk bilik borak-borak.Sampai satu part mak cerita:

Mak: Dulu masa kau nak bersalin, Ayer Hitam ni banjir besar. Mak duduk Hospital Batu Pahat. Saing-saing mak ade ramai lagi yang bersalin. Tapi ada 2 orang tu dah berumur, bersalin telur.

Terkejut….

Aku: Bersalin telur? Macam mana tu mak?

Mak: Keluar telur, sebijik2 macam anggur tu.

Aku: Ohh… (Masih tak faham)

Mak: Dah tua-tua memang macam tu la kalau bersalin..

Aku
: Ohhh.. Keluar daging bulat-bulat ke?

Mak: Hak ah. Nasib baik kau jadi orang.

Gulp.. Hahai… Nasib aku jadi orang! Sebab tu aku menghargai anugerah ini. Kalau aku jadi daging seketul2 je? Dah lama jadi tanah.

Masa mak beranakkan aku tu umur dia dah 42 tahun. Dia baru pindah dari Banting ke Ayer Hitam ni. Selama 42 tahun tu mak tak pernah jejak bumi Johor setahu aku. Tiba-tiba sampai Johor mak kena tanam padi. Pokok padi pun mak tak pernah tengok dulu, tiba-tiba arwah abah suruh mak buat bendang. Dengan membela kitorang 12 beradik, lagi nak ke bendang buat sawah, semai padi, cabut rumput, halau burung, jaga tikus makan padi, balik tengah hari nak masak anak-anak semua lapar nak melantak. Petang dia ke sawah lagi. Aku membesar bawah ketiak mak. Ke hulu ke hilir aku ada. Tak pernah lekang. Sampai la ni pun aku duduk dengan mak lagi. Fuh… Macam mana lah aku tak sayang mak aku.

16 May, hari guru. Ini pun hari penting. Kalau aku tak dimaki kat sekolah, tak jadi macam ni la aku agaknya. Jasa cikgu-cikgu ni teramat besar untuk aku. Walaupun aku ni belajar tak lah boleh di banggakan, tapi kalau takda cikgu-cikgu ni, lagi tak kemana aku. Cikgu Saonah, Cikgu Misman, Cikgu Zuraida, Cikgu Sugiman, Cikgu Mas, Cikgu Khir, Cikgu Nazri Jores, Cikgu Yunus, Cikgu Faridah, ah ramai lagi. Terima Kasih yang tak terhingga buat mereka-mereka semua ni.

Azam ajak aku shoot gambar pelajar 5 Etika 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Menteri (SMKDM), Ayer Hitam, Batu Pahat, yang nak bagi hadiah tanda peringatan buat cikgu-cikgu diorang. Aku memang tak bersedia dan takda idea sangat. Tengah hari buta pulak tu. Terjah je. 2 jam lebih jugak sesi ni. Memang susah nak kawal kalau dah ramai. Yang ikut sampai last adalah 8 orang. Aku tak pasti lah berapa ramai murid kelas ni. Beruntung diorang. Dulu aku tak berpeluang nak bagi apa-apa macam ni untuk cikgu kelas. 2 tahun aku jadi ketua kelas form 4 & form 5 bawah jagaan cikgu Zuraida. Tak sempat nak ucap terima kasih pada dia. Kalau dia terbaca, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana bagi aku tanggungjawab menjadi ketua kelas dulu. Walaupun nampak macam kecil, tapi impak besar pada kehidupan aku sampai sekarang…

Terima Kasih Cikgu!

Lompat!

5 Etika SMKDM

Hanya satu

Sanalah Zura

Rehat

Panjat Pokok Pulak

Smile~

Junior Photographer
Apple Mint
Central Johore Wedding Photographer
+60127333960
razali(at)focusmedia.my
YM: drusoft

Barat Ke Timur

May 11, 2009 | 9 Comments »

Sebulan lepas aku sampai ke hujung pantai timur semenanjung masa ikut hantar rombongan meminang Zila di Kota Bahru. Aku rasa itulah perjalanan paling jauh aku pernah lalui naik kenderaan darat. 14 jam! Terasa macam tak sampai-sampai. Semalam pulak aku ke Felda Tenggaroh 2. Perjalanan makan masa selama 2 jam dah tak terasa jauh mana. Pulak tu ada ramai peneman. Jalan ke Tenggaroh lalu Jemaluang memang boleh dikatakan mencabar. Macam ular kena pepah! Tu pun dah nasib baik tak jumpa gajah tengah jalan.

Aku ditemani cik Akmal, Shahir & Bul. Sampai sana pengantin dah nak siap-siap make up. Bergegaslah aku dengan Shahir ambik gambar hantaran. Rumah sanggah tak jauh mana, so tak sampai 3 minit dah sampai sana. Tapi mak andam belum benarkan masuk. Baju aku dah basah boleh perah punye. Fuh.. Aku memang dah jarang keluarkan peluh kecuali hujung minggu, tu yang sekali keluar macam nak kering air dalam badan.

Pagi tadi lepas sarapan dengan Bul, aku ke Rengit nak carik ikan. Dulu masa kecik2 arwah abah selalu bawak aku & mak ke sana. Ikan sana segar-segar baru naik dari laut. Tak payah letak air batu punya! Bersemangat la aku merempit ke sana sorang-sorang ni. Yana pon kata pasar tu bukak je. Tapi sampai sane, hampeh. Isnin cuti daaa. Aku beli jugak ketam & ikan selar kat orang kuala. Sampai simpang Pt Botak aku beli lagi ikan & ketam renjong. Kalau tak membazir je aku jauh-jauh datang balik tangan kosongkan.

Ada dua pasang pengantin adik beradik lelaki kat majlis ni. Taro, adik kepada pengantin yang aku assign ni adalah kawan sekelas Mal masa diploma UiTM Melaka dulu. Yang tangkap gambar Taro pulak cik Anum dari Atmosferapix. Dia ni pun kawan sekelas Taro jugak dulu. Ramai kawan-kawan diorang yang aku tak kenal lagi datang masa tu. Dari Sabah pun ada. Habis majlis petang tu, kami nak ke Tanjung Leman la kononnye ambik gambar kat pantai. Sekali terjumpa pulak kawasan lapang ada lalang kuning. Ah memang kat situ je la outdoor session sebab sampai situ pon dah pukul 6.45. Dapat la beberapa keping yang ok kat situ. Alhamdulillah. Kalau tak gambar dalam rumah aje tak berseri jugak.

Gambar-gambar diambil oleh Akmal, Shahir & aku sendiri mostly. Terima kasih untuk Shahir datang bagi bantuan lighting. Tahniah buat Naszari & Adela, pasangan pengantin yang kacak & cun.

Naszari & Adela

Bersinar Mata Pengantin

Pengantin Berarak

Keluarga Naszari & Adela

Adela's Family
p/s: click on this photos to view larger

Little Girl

Sahabat Handai Nas & Adela

Jelas Ceria Adela

Manja?

Dukung Isteri Tercinta

Terbenam Matahari

Cincin Perkahwinan Naszari & Adela

Junior Photographer
Apple Mint
Central Johore Wedding Photographer
+60127333960
razali(at)focusmedia.my
YM: drusoft

World Of Mouth

May 9, 2009 | 4 Comments »

Salah satu strategi perniagaan yang efektif adalah dari mulut ke mulut (World of Mouth). It travels faster than a bullet train. Satu waktu dulu aku aktif dalam dunia IT dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan IT di kawasan tempat tinggal aku. Sebaran mulut ke mulutlah yang banyak membantu. Aku tak pernah iklankan perniagaan komputer aku di mana-mana premis kedai atau papan iklan. Tetapi aku boleh stabil dan terus berkembang. Satu masa dulu aku hanya kerani stor kilang kain. Tak pernah terfikir nak kemana-mana lepas habis belajar. Tapi 2 bulan + je lah aku tahan di tindas bangsa lain yang terlampau bias dan kuat kipas.

Aku mula menjalankan bisnes fotografi ni kurang setahun. Alhamdulilah.. Dah merata aku sampai. Semuanya kuasa World of Mouth (WoM). Dari sorang ni, perkenalkan kenalan dia. Kawan dia kenalkan orang lain. Walaupun kualiti kerja aku masih belum memuaskan, alhamdulillah, ramai yang berpuas hati. Kadang yang datang dari jauh dan luar jangkaan aku. Bukan mendabik dada.

Tapi WoM ni juga yang boleh mencalarkan imej. Hati-hati dengan kuasa angin ini. Setakat setahun ni aku belum rasa lagi macam mana penangannya. Aku harap cabaran tu kurang. Tapi aku pasti satu hari nanti mesti datang juga satu cabaran yang boleh membuatkan aku jatuh. Jadi aku perlu bersedia dari sekarang. Dunia perniagaan fotografi ini penuh rintangan. Banyak saingan. Ibarat beribu buih di tengah laut, timbulkan diri kita berbanding yang lain.

Usaha kena lebih. Cina punya pesanan “Lu mau bikin bangunan tinggi, piling misti mau kuat!”

Siti Norbaya Abdul Jabar

Family Siti Norbaya

Cincin Pertunangan Siti Norbaya

Eh Budak Ni

Eh Cik Siti

Family Ajim

Manis Tunang Ajim

Termenung Tunggu Ajim

Junior Photographer
Apple Mint
Central Johore Wedding Photographer
+60127333960
razali(at)focusmedia.my
YM: drusoft

  • PREVIOUS POSTS
  • NEXT POSTS

Recently Written

  • WEDDING PHOTOGRAPHY GIVEAWAY
  • Raihan + Ikmal
  • Azreen + Hidayah
  • FREE PRE-WEDDING!!!
  • Situasi Luar Jangkaan Jurugambar
  • Fida+Syed

Recent Comments:

  • jebril: Salam bro nak tanye dulu grad pointer first class...
  • zaki: salam, tlg ajr sya bokeh efek…
  • Anee neena: bestnye dapat kurang banyak .. kalau boleh,...
  • athirah: wah…pointer brpe dpt 90% pgurangn?? kalo...
  • syahjehan78: salam saudara.. kita nak habaq kita pnjam...

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

Send me a message



Powered by SimpleModal Contact Form
FACEBOOK

    Facebook

    Heroes Photowork
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork