
Hari Pertama: Sampai ke Kuala Lumpur lewat 20 minit jam 11 malam. Aku tertidur dari Bangi sampai ke Pudu Raya. Apek driver bas S&S kejutkan aku dengan bawak penyapu nak kemas bas. “Oi bangun! Sulah sampai lah!” Terpinga2 aku bangun tengok bas dah kosong. Phew. Aku tengok dah 3 kali Farol miss called. Hadoi. Padahal sepanjang perjalanan dari Johor ke KL tu aku tak boleh nak lelapkan mata. Sampai ke Kota Damansara abang aku ajak borak, lepas tu mak terjaga sambung borak. Pukul 2 lebih aku terlelap.
Hari ke 2: Bangun, cuci muka, belek2 DCM. Setengah jam lepas tu abang aku balik. Dengan tak mandi, abang aku ajak ke pasar minggu yang letaknya 500M dari rumah dia (Up Town). “Ala bukan orang tau pun tak mandi” Kata kak Aida. Betul jugak ye. Ok aku pun ikut. Sampai sana dia belek kedai aksesori handphone, beli 3 casing iPhone yang fancy. Aku dapat charger SE yang gunakan bateri AA sebijik. Beli buah-buah, ikan, balik panggang. Fuh.. Petang tu abang-abang n akak aku datang. Meriah sekejap. Lewat pukul 10 semua dah balik. Aku sepanjang malam tu cuba nak configure Maxis broadband sambung ke Dlink Router. Pukul 2 terlelap lagi. Pukul 3 tersadar nyamuk dah makan kaki aku. Rupanya mak tutop kipas. Dia demam. Cepat2 aku carikan Paracetamol 2 bijik. Lama mak nak recover tu. Aku tak senang tidur dah. Peluh badan, basah baju. Pukul 4 bibik2 dah bangun untuk masak. Aku tak sedar dah pukul brape aku tidur & berapa tempat aku pindah. KL memang hangat.

Hari ke 3: 8.30 pagi lepas mandi, aku start cropping gambar-gambar Yana. Ade 70 keping. Pukul 12+ baru siap. Sempat edit 10 keping sebelum abang aku ajak bawak mak ke Banting cari belacan. Dalam kereta aku edit lagi 7 8 keping lepastu mata dah mabuk2. Sampai Banting perkara wajib mestila pekena cendol. Terus ke Batu Laut cari rumah kak Leha belacan yang dah lebih setahun aku tak datang tu. Jumpa. Aku sangat suka rumah ni. Berdepan dengan pantai. Aduh. Jalan2 sekejap tepi pantai. Aku jumpa sarang tebuan. Ya ni lah gambar-gambarnya. Aku pergi dekat lebih kurang 80cm dengan sarangnya bersenjatakan 50mm ni. Alhamdulillah lebah2 ni tak bertindak luar jangkaan.
Masa jalan balik tiba-tiba ada call “Withheld“. Aku dah boleh agak dah siapa yang call ni sebenarnya.
Caller: “Hello may I speak to Mr. (Chinese name) please?
Aku: : “Speaking”
Caller: “I’m *tuuutt* from *tuut* bank, I would like to ask you regarding payment for your loan. Have you made your payment lately sir?
Aku: “Yes, indeed”
Caller: Oh Really? How much have you paid sir?
Aku: “4 millions”
Caller: “Oh!? (nada terkejut gila & confused) For which account sir? Can you give me the account number?”
Aku: (diam sekejap. Takda idea)
Caller: “Sir?”
Aku: “Ko ni dah gila ke hapa Parul call aku mintak utang. Bila masa pulak aku buat loan dengan ko.”
Farol: “Aih! Aku nak call ko terdial system!”
Cepat2 cover. Hahahahahaha.. Adoi.. Aku nak gelak kuat-kuat masa tu kang mak aku suruh keluar kereta pulak. Adoilaahhhhhh.. Sorry la Parul aku terpaksa tulis jugak kat sini sebab takde geng nak gelak kat sini. Aduhhh…
Masa jalan balik, abang aku tiba-tiba buat surprise ajak melawat akak ipar aku kat Pangkor. Ahai. Larik jadual aku neh. Serba salah nak tolak. Mak pon teringin nak tengok cucu-cucu dia. Ah bila lagi aku nak sampai. Pukul 7 bertolak, 10.30 sampai ke Lumut. Check in hotel depan jeti ni. Lepas makan, baru balik hotel mandi2.
Hari ke 4: 12.01 malam. Aku masih lagi cuba nak configure modem dan router ni. Pukul 1 baru berjaya. Padahal salahnya kat adapter je. Borak dengan Faiz LV (Live View, dia yang nak nama ni oke? Sebelum ni aku letak nama Paiz D80 dalam phone book, tapi tadi siang dia sudah tukar D90, terpaksa la aku update phone book). Sambil edit2 gambar Yana yang aku pasti tak dapat nak deliver by today ni, sambil aku tengok jam. Oh dah pukul 3! Esok nak jalan lagi ke Pangkor! Esok jugak nak balek Ayer Hitam! Oh!!!!!
Update: Pukul 7.30 mak kejut. Dah cerah! Laskar bersenam seawal 6 pagi mak kata kat bawah tu. Awan yang cantik tapi aku tak dapat snap. Dock kapal navy nun depan mata sahaja. Sementara tunggu bot ni nak sarapanlah dulu.
p/s: Mesti cik Akmal dah teringat-ingatkan aku ni. *wink* Miss you my love…
Twitt Twitt
azam: cerita & pengalaman menarik ni. paiz angkat d90 ke?
Razali: @Azam: D90 dah dia. Berjaya jual D80 dengan harga tinggi, segera la tambah sikit lagi beli body D90.
amri efendi: Nice created story today bro...semangat nak lyn blog kalo page lawo sebegini..hehehehe
Razali: @AmKacak: Nak mengarang summary 3 hari tu yang tido pukul 3 pagi. Hehe.
farolxynal: alamak.aku pun ada dalam ini cerita ka...aduyai.malu seh..sori la yie.jiwe kacau la..xdapat nak focus.fikir nak kawen je dah ni.haha..neway,best story kat sini..selamat pegi dan pulang.!!!!
achmal: seram saye dgr mase awk bgtau awk nak amik gambo lebah ni tauuuuu! ah mak demam ke? alahai.. sian mak awak. tape jage mak elok2 ye :) p/s: eh *malu* hihihi
Razali: @Farol: Ko memang best. Hahaha. 4 Million aku bayo. @Mal: Malu pulak...
Pingback from Kak Timah, Jambu RM18 | Blog Razali
[...] rss « Sang Tebuan [...]
dol: beli buah kat teluk intan lagi murah Li
Razali: @dol: Ada lalu bang. Tapi singgah kat Bidor pulak. Next time lalu sendiri takpe.
farolxynal: hahaha..kalo 4 mil dah lame achieve target dah..huhu
Ali ridha: cantik sarang tebuan tu.huhuhu.....
syahjehan78: salam saudara.. kita nak habaq kita pnjam gambaq tebuan ni.. nk letak kat blog post kita.. kita bg kredit kat blog saudara ok.. kekeke.. toce.