Front Page
  • HOME
  • About
  • Contact
    • ASK ME
    • Chat
  • Wedding
    • Calendar
    • Pakej
  • TOPICS
    • Ceritera
    • Engagement
    • Event
    • Photojournalism
    • Random
    • Tips Fotografi
    • Tips Perkahwinan
    • Web Design
    • Wedding


Archive for July, 2009

Nina & Saiful The Receptions

July 7, 2009 | 3 Comments »

p/s: link gambar & video majlis pernikahan. Gambar-gambar lain di dalam galleri

Majlis Persandingan Saiful & Nina berlangsung sabtu lepas. Bertemakan warna pink, hiasan pelamin dan meja makan turut dihias pink. Diorang bawak kelainan sikit dari majlis² yang pernah aku hadirkan diri sebelum ni. Ada ikan emas hidup kat meja makan. Fresh! Nasib takda sapa yang buat lauk.

Majlis diserikan dengan dikir barat sesudah pengantin masuk ke ruang pelamin. Pengantin malu² lagi, segan2 nak senyum atas pelamin. Aku ditemani Azam & Akmal masa majlis ni. Terlalu ramai crowd yang nak tengok pengantin kat pelamin. Sedara mara, orang kampung, pak aji semua ada. Matahari tegak atas kepala, bahang terasa. Alhamdulillah cuaca cantik.

Lepas selesai majlis, sedara mara pun dah balik, kitorang bawak lari pengantin ke Sawah Sagil. Sempat shoot sebelum senja. Langit sangat biru, banyak membantu mencantikkan suasana pengambaran kami. Tak lama lepas tu, Sarina datang nak ambil album. Sampai ke sawah dia datang. Hehe.. Harap-harap dia suka dengan album tu. Ayah dia terkejut dengan cover album tu yang ada tulisan tangan dia bahasa jawi.

Pukul 7.15 semuanya selesai. Tahniah Saiful & Nina. Cik polis & Cik Misi.

Persalinan Pengantin: Nina

Persiapan Terakhir Nina

Ibu & Ayah Nina

Kini Bersatu

Takkan Ku Lepaskan!

Senja Bersama

Nina & Saiful: Bahagia Bersama

Pakej Fotografi Mohd Razali 2010

Pakej Fotografi Mohd Razali

July 7, 2009 | 19 Comments »

Pakej Fotografi Perkahwinan 2009

- 1 Jurugambar
- 1 hari kerja (nikah atau sanding atau bertandang)
- 1 (satu) Custom Storybook Album 10in x 12in (mengandungi 22 mukasurat)
- 1 CD Unlimited Shots
- Free Outdoor Portraiture
- 1 keping gambar bersaiz 16R (16in X 20in dengan frame)

*Tempoh siap album 2 hingga 3 minggu.
Pendahuluan 50%, baki 50% dibayar apabila album siap
Pakej ini khas untuk warga Batu Pahat & Kluang. Sila hubungi untuk majlis luar daerah ini & pakej lain mengikut bajet anda.

______________________________________________________________________________________________________

Penetapan Harga

Disini aku nak buat penetapan harga untuk sesi perkahwinan sehingga 1 Januari 2010. Apa-apa majlis yang berlangsung dalam tarikh ni akan mengikut harga yang ditetapkan. Untuk pertanyaan lebih lanjut, kalau korang nak customize lagi pakej tu pon boleh, call aku terus ye. 012 7333960. Kalau malu, email pon boleh. hi@mohdrazali.com.

Pakej ni, aku akan cover dari mula make up sehinggalah sedara mara balik, insyaAllah. Kalau berkesempatan untuk jalan-jalan kat taman lagi bagus.

Album

Storyboard Album dengan finishing yang bermutu tinggi supaya kenangan abadi anda kekal selamanya. Saiz asas yang disediakan adalah 10×12″. Video montaj gambar-gambar majlis anda akan di letakkan dalam blog ini beberapa hari selepas majlis. Kebiasaannya sehari selepas majlis dah pun siap. Album memakan masa lebih kurang satu atau dua minggu untuk diedit dan dibukukan dalam masa 1 minggu. Lihat CONTOH ALBUM.

Outdoor Portraiture

Sekiranya majlis berlangsung di dalam daerah Kluang atau Batu Pahat, sesi fotografi juga boleh di jalankan selain dari hari majlis. Kita boleh pergi ke Taman Botani Sri Medan, Padang Ragut Manong, Sawah Sagil, Stesen Keretapi Kluang, Gunung Lambak, Padang Golf Batu Pahat, Tasik Machap, Tasik Sembrong, Pantai Minyak Beku, atau mana-mana lokasi yang pasangan pengantin rasa nak pergi. Pilih salah satu tempat tu.

Pakej Fotografi Mohd Razali 2010

4000+ Photos To Select

July 6, 2009 | 2 Comments »

I only need less than 400 images from that 4000 photos. Daripada 4 majlis, nak siapkan 3 album. Huah… Lain kali kena belajar control timing & technique dengan betul. Kalau tak ini la jadinya.

Hin & Ira portraiture

Hin & Ira portraiture

Gambar-gambar ni aku upload terus dan belum sempat di edit. Outdoor portraiture ni bermula 9 pagi dan selesai jam 1 tengah hari. 2 tempat kitorang pegi, Sawah Sagil & Sembrong. Cuaca semalam kurang memuaskan, awan terlalu banyak dan kelabu asap. Pukul 1 tu kitorang stop sebab dah hujan. Lokasi ni memang best. Kawasan lapang dan berbukit, ada tasik pulak lagi, ada jalan berpagar putih.

Nina & Saiful

Majlis ni pula hari sebelumnya, majlis persandingan habis pukul 4+. Selesai majlis aku bawak diorang ke sawah. Cuaca memang best. Cuma dah agak lewat petang jadi tak sempat nak dapatkan langit biru kat banyak tempat.

Alhamdulillah, selesai dah kerja-kerja shooting. Seminggu ni nak siapkan album² ni pulak. Amin…

  • PREVIOUS POSTS
  • NEXT POSTS

Recently Written

  • WEDDING PHOTOGRAPHY GIVEAWAY
  • Raihan + Ikmal
  • Azreen + Hidayah
  • FREE PRE-WEDDING!!!
  • Situasi Luar Jangkaan Jurugambar
  • Fida+Syed

Recent Comments:

  • jebril: Salam bro nak tanye dulu grad pointer first class...
  • zaki: salam, tlg ajr sya bokeh efek…
  • Anee neena: bestnye dapat kurang banyak .. kalau boleh,...
  • athirah: wah…pointer brpe dpt 90% pgurangn?? kalo...
  • syahjehan78: salam saudara.. kita nak habaq kita pnjam...

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

Send me a message



Powered by SimpleModal Contact Form
FACEBOOK

    Facebook

    Heroes Photowork
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork