11 Hari Puasa

September 1, 2009 | 21 Comments »

Zul & Zarith at Muzium Negeri, Seremban

Diam-diam dah masuk hari ke 11 kita berpuasa. Banyak hari yang sejuk berbanding hari-hari panas. Agak selesa puasa kali ni. Harini pun hujan yang agak lebat membuatkan aku rasa macam nak berselubung je. Oh tidak..

Album

Sebelum raya ni aku nak kena siapkan banyak album majlis perkahwinan/pertunangan yang berlangsung bulan lepas. Ada 7 in total kalau tak silap perkiraan aku. InsyaAllah semua boleh siap sebelum raya. Harap bersabar ye customer semua. Aku cuba seberapa pantas untuk siapkan dengan kualiti yang terbaik. Kualiti tetap menjadi keutamaan aku.

Raya

Puasa baru 11 hari daa. Aku tak buat banyak persiapan untuk diri sendiri. Lebihkan orang tua dulu ada baiknya. Sampai mak aku tanya, “Kau tak ganti baju ke? Takkan pakai baju ni aje”. Mungkin mak perasan dah berapa lama aku tak beli baju basahan kot. Kat rumah aku pakai baju koyak² sampai mak pon tegur. Kena la jugak beli sehelai dua nanti..

Nak kena dahulukan sistem baru dulu untuk PC aku. Dah 5 tahun aku pakai sistem ni, dah beberapa kali kena petir dan masih survive, tapi dah sampai masa untuk dia undur diri. Tak boleh nak repair lagi, tukar sistem terus. 3 barang utama je, motherboard, processor, ram. GPU aku masih berkuasa lagi. Alhamdulillah.

Wedding Photography

Untuk bulan October ada 1 minggu je lagi kosong & ada 1 pending booking lagi. Bulan November dah fully booked. Bulan December ada 2 pengantin dalam 1 minggu. Masih banyak kekosongan untuk diisi. Cek calendar untuk kepastian ye bakal pengantin. Sila buat tempahan seberapa awal untuk mengelakkan kesesakkan. Don’t worry, kalau tarikh tu dah di booking, aku akan hantar kawan-kawan aku yang hebat-hebat belaka ni. Team jurugambar perkahwinan Batu Pahat & Kluang semakin menyengat ni. Kami pastinya akan memberi kepuasan kepada pengantin-pengantin. InsyaAllah.

2010

2009 tinggal berapa bulan je lagi. Tahun depan aku akan lebih radikal. Banyak planning untuk memperluaskan jajahan dan memartabatkan Wedding Photographer di jajahan takluk ni. 1st quarter 2010 aku akan siapkan hal perkahwinan dulu. Bermula 2nd quarter akan bermula planning ni semua. Pengalaman aku masih belum setinggi mana, tapi semua ni kena cuba sendiri. Baru dapat rasa macam mana bangun jatuh sendiri. Baru-baru ni seorang brader pesan kat aku, “Jangan goyanglah tengok hasil kerja orang lain, yakin je dengan kerja kau“. Kata-kata tu lah akan aku pegang. Sekarang masih dalam proses pembelajaran lagi, dan sampai bila-bila pon mesti ada benda baru yang aku akan belajar. Ilmu duniawi ni takkan habis….

Selamat Berpuasa & Salam Merdeka.b

You Might Also Wanna Read This:

achmal: ' jalan biar ke depan, jangan berundur ' :) tape biar susah2 dulu.. nati dibalas la ia.. kan encik tunang?

Sre Shaziela: cuaca lembab.. aku pon jd lembab.. nak bgn pi toilet pon mls2 je

amri efendi: menarek karangan ko ni...tumpang motivasi gak aku..huhuhu...Terbaek bro!!

Amri Efendi: tu lah..kejap jer masa berlalu kan...

Sa'adah Ibrahim: berslubung then smbung tdo lek..tauw2 je da buke..;p

Yana Haron: all the best bro!!~

KhairulIzhar CapturaStudio: actually bro... me de masalah skit pasal statement neh... “Jangan goyanglah tengok hasil kerja orang lain, yakin je dengan kerja kau“ seriously... bila nak meluaskan something kan.. tetiba tengok artwork orang.. low self confident tuh timbul.. hukhuk... camne erk...

Mohd Azam: yeah, dah upgrade pc ke

Mohd Razali: @Sre: Panjang lagi citenye. Hehe..@Amri: Kejap sangat2 ni bang.@Sa'adah: Huah kalau itu macam memang la bes.@Yana: Thanks orang di belakang tabir. Hehe.@Khairul: Cari jalan untuk timbulkan diri berbanding orang lain. Blue ocean strategy, cuba apply dalam konteks ni.@Azam: Baru tadi berjaya kayakan tokey kedai komputer. Tapi sikit je la.

Zara Ismail: penuh ke pose???fuhh.jadual fully booked! mara pon dah diskaun!mmm leh la belanja makan.....kan kan??

Yana Haron: orang di belakang tabir? hoho

Razali: @Mal: Ye betul tu. Jalan kedek-kedek pon takpe asal ke depan.
@Amkacak: Sila bermotivasi la bang. hehe..

Mohd Razali: @Zara: Banjer makan? Boleh meh la melawat negeri kami ni.@Yana: Hehe.. Kau banyak membantu jugak ape.

Yana Haron: haha .. bley lah blanje nasi ayam sakinah ngan kue teaw goreng ni? wkakakbabes, xmo trun bazaar ramdhn pesta ke? huhu

Nursyidatulakmal Maskan: yana banjer aku ngan ayie ayam golek.

Yana Haron: @mal : eh aku lak yang kena pow?? hahaha siot je.

Nursyidatulakmal Maskan: bile lagi. gaji cikgu kan besarrrrrrr~

Yana Haron: hoho... zaman keruntuhan skang ni.. erk applemint ada keje kosong x? wkakakakak

Zara Ismail: kl la best

siti: Keep on moving bro!!!

bisz: aku masih goyang lagi nengok hasil keje ko bro... camane ni uhuhhuuh , pergh termotivasi aku baca entry ko ni uhuhuh..


Recent Comments:

  • Nina: ni kat mane? nak chup yg ni utk post wed photoshot..
  • Nina: Bro Razali…sgt impressive..sukenye!!i can use...
  • mansor: Salam…sdr. Faiz saya amat berminat dgn...
  • jazzeyra: salam.. majlis xcnfirm bila, tp dlm bulan 10...
  • zairulhishyam: akum..tolong book 1/1/2011..majlis...

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.