Bengkel Asas Fotografi

AYER HITAM: Setelah berjaya mengumpulkan sedozen jurugambar amatur di daerah Kluang & Batu Pahat, satu bengkel Belajar Asas Fotografi akan di laksanakan pada September 6 ini. Kesemua mereka kebanyakkannya tidak mempunyai kemahiran asas fotografi yang formal sebelum ini. Justeru seorang jurugambar berpengalaman dijemput daripada Johor Bahru, saudara Trisno Quartris untuk memberikan latihan formal kepada mereka ini.

Bengkel akan dimulakan pada jam 9 pagi di Bangunan UMNO Ayer Hitam yang terletak di tengah-tengah antara Kluang & Batu Pahat. Lokasi strategik yang mudah dikenal pasti dengan adanya Masjid Besar Ayer Hitam di puncaknya. Kelas akan berlangsung sehingga ke petang dan seterusnya semua peserta akan berbuka bersama.

TEORI ASAS FOTOGRAFI

Trisno akan menekankan beberapa asas penting dalam pemahaman menggunakan kamera digital SLR dengan cara yang betul dari segi fizikal kamera dan fungsi-fungsi lensa & jenisnya. Teori yang akan didedahkan adalah dari segi mengenal aperture, shutter, ISO, white balance, metering, focus point, rule of thirds, depth of field, bokeh, camera bracketing, exposure compesation, JPEG & RAW, color of light dan rear curtain/2nd curtain.

PRAKTIKAL
Teori sahaja mungkin tidak mencukupi bagi peserta, maka Trisno turut membawa peserta untuk sesi praktikal. Penekanan penggunaan dari segi Mode dalam kamera adalah penting misalnya bagaimana Shutter Priority boleh memberhentikan pergerakkan atau bagaimana ia boleh menampakkan pergerakkan. Aperture Priority mode pula boleh menghasilkan bokeh. Disamping itu ia juga boleh menghasilkan gambar yang sharp. Penggunaan Manual Mode yang memberi kelebihan kepada pengguna untuk mendapatkan exposure mengikut kemahuan sendiri. Adalah sangat perlu untuk mendapatkan exposure yang sebenar. Beliau akan menekankan kaitan antara Aperture Priority, Shutter Priority, Manual Mode dan Metering.

Penggunaan tripod yang sesuai juga membantu menghasilkan gambar yang baik, justeru Trisno akan menerangkan kegunaan tripod & monopod. Merakam gambar pada waktu malam adalah agak sukar berbanding siang hari yang mempunyai cukup cahaya. Beliau akan mengajar cara-cara merakam pada situasi cahaya yang sangat rendah.

PESERTA yang akan turut serta:

1. Mohd Faiz
2. Yana Harmila
3. Zairulmiza
4. Hanafi
5. Azhar Saad
6. Mohd Hidir
7. Nur Fazlin
8. Mohd Azam
9. Nursyidatulakmal
10. Razali
11. Seroy
12. Arshad
13. Fitri (Tambahan)

Atucara:

09.00 am: Pendaftaran. Teori
12.30 pm: Rehat
01.30 pm: Praktikal & Perbincangan
04.30 pm: Rehat
05.00 pm: Praktikal
07.00 pm: Berbuka Puasa Bersama & Perbincangan
08.30 pm: Tamat

Sila jelaskan pembayaran kepada Urusetia Mohd Faiz di akaun Maybank: 151119121250 atau tunai. (017-7248181)

Permalinks: http://blog.mohdrazali.com/belajar-asas-fotografi-trisno/

You Might Also Wanna Read This:

Azhar Abd Hamid: kuota dah penuh ke?alamak mcm mana x tau nie..

Hafiz Azman: awat aku xtau ni?

Fitri Jamsari: yahooooooooooooooooooooo.....hehehe

fitri: yeah!!x sabo nk datang klas...hehehe...thanks organizer...

azharsaad: x bleh blah pki gmbr ni!!!!

Mohd Azhar Saad: see u there geng!!!!!!

Yana Haron: @aya : jap lagi aku sampai..baru mo kuar umah..hehehe

Mohd Razali: @Azhar: Dah penuh la bang. Lain kali ada buat lagi kot. Limited seat.@Hafiz: Ala tak cukup kuota la bro. Lain kali la. @Fitri: Suke ko ehhh.@Azhar Saad: Datang awal ha. Hehe.@Yana: Ah biasa la tu.

Hafiz Azman: rugi la xdpt join... :(

Trisno Quantriz: chagher, macam berita !...karangan mesti power nie......!!!! ...jumpa nanti, kalau ada nak tanya apa2 sebelum kita jumpa leh, hantar sms atau e-mail kat FB.

Fitri Jamsari: hahhaha..mst la ske..calon tambahan 2..

izzat: hoho..kat Johor la plak..hehe tak dapat nak join.. :)

Faiz Salleh: A1.... poster yang baik... cerita pun... hehehe

Mohd Azam: kalau kwn2 yg lain dpt join lg best ni

Mylia Yana SnapEye: nak ikut....

Pingback from Workshop Asas Fotografi Trisno 2009 | Blog Razali

[...] Anda semua sudah mempunyai asas kamera digital secara formal! Bengkel fotografi dimulakan agak lewat atas beberapa masalah teknikal walaupun Trisno dah sampai seawal 8.30am. [...]

Apai Biszign: uhuhuh bro.. pas raya.. rekues wat sekali lagi untuk2 hamba2 yang tak pat join ni uuhuhuh.. kami semua rabun DSLR

Faiz Salleh: InsyaAllah... Takut Bro Trisno dah full... Wedding

cg fly: salam ziarah..nice blog and good shot bro..keep it up..congrate

mansor: Salam...sdr. Faiz saya amat berminat dgn bengkel yang tuan adakan, jika ada sila hubungi saya melalui email mmasuri@ymail.com .my

Razali: Nama saya Razali.


Recent Comments:

  • jebril: Salam bro nak tanye dulu grad pointer first class...
  • zaki: salam, tlg ajr sya bokeh efek…
  • Anee neena: bestnye dapat kurang banyak .. kalau boleh,...
  • athirah: wah…pointer brpe dpt 90% pgurangn?? kalo...
  • syahjehan78: salam saudara.. kita nak habaq kita pnjam...

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

FACEBOOK
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork