Group Photo Workshop Asas Fotografi bersama Trisno Quartis

Trisno's Basic Photography
Workshop Asas Fotografi

Tahniah! Anda semua sudah mempunyai asas kamera digital secara formal! Bengkel fotografi dimulakan agak lewat atas beberapa masalah teknikal walaupun Trisno dah sampai seawal 8.30am. Kesemua peserta yang sudah janji hadir. Kami gunakan bilik mesyuarat UMNO Ayer Hitam dari jam 9.30a.m sehingga 3p.m.

Penekanan Topik

Semua topik asas fotografi yang disebut sebelum ini diterangkan dengan jelas oleh Trisno. Dari pengenalan asas fotografi sehinggalah kepada teknikal penggunaan kamera secara terperinci. Banyak benda yang kami semua tak kenal dalam sistem kamera digital SLR sebelum ini contohnya AEL, white balance dan setiap fungsi auto mode dial. Pendedahan secara formal sangat membantu kami yang tidak pernah mengikuti kelas-kelas fotografi digital sebelum ini.

Sesi Outdoor

Sebelah petangnya kami ke Tasik Machap untuk sesi pembelajaran secara praktikal. Trisno menekankan tentang Depth of Field / bokeh dengan menggunakan prime lens. Cuaca yang sedikit mendung mencabar kemahiran pembelajaran kami mengawal ISO dan white balance dengan baik. Trisno turut menerangkan Rule-of-Thirds untuk landscape dan portet serta situasi sesuai menggunakannya. Model kami, Fella Ferina memberikan kerja sama sepenuhnya.

Berbuka Puasa

Sesi fotografi tamat lebih kurang jam 6.30p.m dan kami berbuka di Restoran Jati. Perbincangan selepas berbuka berlanjutan. Banyak soalan jawab dan penerangan diberikan oleh Trisno. Dia memang kool. Ribuan terima kasih kami semua ucapkan. InsyaAllah akan ada siri 2 kelas seperti ini nanti.

Cikgu Triso Kusyuk Mengajar

Tunjuk ajar kepada Murid2

Fella Ferina

Fella Ferina

Fella Ferina

Fella Ferina

More photos on Facebook

Permalinks: http://blog.mohdrazali.com/workshop-asas-fotografi-digital-bersama-trisno/

You Might Also Wanna Read This:

bisz: mak aihh.. gambar last tu punye bokeh... mcm tipu siot! gempak!

Azam: mmg kool lah.. terima kasih semua!

zah: wah...cantik2...

Azmeir Zaki: wah!! meriah & santai.. hehehe.. mesti banyak ilmu dan pengalaman telah dapat dikorek oleh peserta.. salam singgah juga untuk anda.. hehe..

Razali: @Apai: Tipu eh? Hehe.
@Azam: Time kasih cikgu la.
@Zah: ah? ape?
@Azmier: Banyak jugak bang. Kalau tak masing2 tak tau ape nak tekan.

shahrul: mmg best la clas ni..many thanx geng2 sume..korg mmg sempoi..!!!

salmiza: salam...sape2 yg minat leh join ker??


Recent Comments:

  • isk: Yeah it was a long long day. Glad that you were...
  • Shay Rahman: congratss beb…. rugi aku tak...
  • roeza: heyyy that is soo switt!! congratulations to both...
  • azlan shah: selamat pengantin baru bro, semoga...
  • aku: ayie, maaf la aku xdtg majlis ko. aku xlarat nak...

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.