Azhan+Lin

December 31, 2009 | 10 Comments »

View video on High Definition on Facebook for ultimate quality. Wait for the video to fully loaded for best experiences.

Mohd Khairil Azhan & Norazlina

The Solemnization
30th December 2009
Felda Ayer Hitam

Majlis malam tadi adalah pernikahan antara Khairil Azhan & Norazlina di Felda Ayer Hitam. Aku menghadirkan diri menemani Azam sepanjang majlis. Majlis bermula agak lewat lebih kurang jam 9.30p.m. Rombongan lelaki datang dari Batu Pahat kira-kira 50 orang katanya. Unexpected. Ruang tamu rumah memang sesak dengan saudara mara pengantin.

Majlis mulanya gembira, tetapi sesudah akad nikah selesai, suasana bertukar hiba. Ini kerap berlaku pada majlis pernikahan, ibu terlalu sebak untuk melepaskan anak yang dikendong sejak kecil. Setiap detik adalah sejarah. Setiap detik aku rakamkan untuk tatapan hari tua kelak. Namun tak disangka, niat aku untuk merakam detik2 kenangan ini di halang.

Kamera aku ditepis dan aku dimarahi. “Takda gambar lain ke kau nak ambik? Gambar orang tengah menangis di ambik buat ape? Nak masuk METRO? Cameraman mana ni?!!! yada yada yada……..”. Aku senyum, alih kamera arah lain. Dia terus membebel. Takda kena mengena dalam ini wayang gambar aku pikir. So diam je lah.

Dalam majlis begini, situasi macam ni mesti berlaku. Tak semua tau nilai detik2 itu, 20 ke 30 tahun akan datang, bila mana mereka-mereka ini menatap kembali gambar yang dirakam, baru mereka ingat, betapa hibanya seorang ibu nak melepaskan anaknya. Ia akan menjadi peringatan kepada si pengantin bahawa perkahwinan ini adalah amat berharga dan mesti dijaga.

Tak lama lepas tu, ibu Lin membaca sakinah, dan masa ini dia masih menangis lagi. Aku tak hiraukan apa yang nak dikata oleh mak cik yang tepis kamera tu tadi. Setiap sudut aku rakam juga. Dan aku puas hati.

Memang ada kalanya mereka-mereka ini tak faham tugasan jurugambar seperti kami. Merakam setiap detik, walau seekor ayam lalu sekalipun. Tugasan kami bukanlah sama seperti jurugambar 10 tahun dahulu yang merakam dengan filem. Semuanya dikira siap, berapa roll nak pakai, berapa banyak angle nak ambil. Dengan teknologi digital, kami boleh merakam seberapa banyak detik yang di depan mata. Semuanya berharga. Pengantin inginkan kesemua detail perjalanan majlis dirakam. Itu tugas kami.

Kita tak boleh nak marah dengan orang-orang lama yang belum boleh menerima konsep yang kami laksanakan. Ini semua adalah cabaran untuk aku lebih kuat.

Apa sekalipun, majlis ini selesai dengan tawa riang. Tahniah buat pasangan bahagia ini.

This is the closing event of Heroes Photowork in 2009. We are very proud of the successes numbers of wedding this whole year. Booking already open for next year event, and gladly I have been booked until October 2010. It’s been a great year.
















Pakej Fotografi Mohd Razali 2010

You Might Also Wanna Read This:

achmal: gud job my dear. gambar kanak2 kecil tuh saye suke betul lah sweet jek~

Syed Arieffaiz Ismail: abg mmg best..tugas jurugmbar mmg mcabar...even freelance photographer cam arief nie pun..pernah org ckp arief gila..haha~xkisah la..diorg xkan faham bang pe yg jurugmbar nk..yg penting pic abg best~!

faiz: abam mmg besh... i like...

hazyq: huh.... sadis gak dgr macam tuh... tp xpelah.. sekali sekala kan.. heheh pengalaman berharga tuh

azmi ezmel: selamat tahun baru bro semoga sukses dlm 2010

shazlishots: this is a life as a wedding photographer...

lyn: tq byk2 sbb memberi gambar yang cantikk...nanti jumpe kat outdoor k...

Fathuddin B. Zakaria: waa...sadis betul camera kene tepis..nasib tak jatuh camera tu..takpela yie...mungkin diorg tak faham...anyway...ur pic mmg mantop..

Pingback from Solemnization Azlina & Azhan | Blog Fotografi Perkahwinan

[...] yg baru. Sama2 kita semua bina semangat baru utk lebih maju di masa hadapan. Malam tadi aku dan Razali ditugaskan mengambil gambar majlis pernikahan Azlina dan Azhan bertempat di Felda Ayer Hitam. [...]

JesusSon: hydra city - ????? ???????, ???? ?????


Recent Comments:

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

FACEBOOK
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork