Photograph by Shazlishots
Majlis Perkahwinan Mohd Razali & Nursyidatulakmal
Alhamdulillah.. Termetrai sudah ikatan kami berdua. Penuh kesyukuran kami panjatkan, jutaan terima kasih buat semua ahli keluarga yang bertungkus lumus menyediakan persiapan dari sebelum majlis sehingga selesai. Terima kasih juga buat para sahabat yang datang dari jauh dan dekat untuk memeriahkan majlis kami. Terima kasih juga buat AWRA untuk pelamin & solekan serta baju yang istimewa. Terima kasih semua jurugambar yang merakam setiap detik perjalan majlis kami. Maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan yang tak dipenuhi. Maaf juga buat kawan-kawan yang menunggu lama dan tak dapat berjumpa kami. Walaupun dah menghadiri ratusan majlis perkahwinan sebelum ini, dah menghafal setiap atucara majlis, tetapi kami hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.
Walaubagaimanapun, kami bersyukur majlis ini berjalan dengan lancar. Bermula esok kami akan bertungkus lumus untuk majlis bertandang di Kampung Cahaya Baru pada 7 March pula. Diharap sesiapa yang belum mendapat kad jemputan, rujuk ke PETA INI dan cetak.
Twitt Twitt
anasxz: mabruk bro... semoga berkekalan ke akhir hayat.
Tuan TaPau: congrates
Mohd Azam: tahniah Razali & Nursyidatulakmal!
Encik Rangga Gomez: ayie&kak akmalcongratssmoge ke anak cucu cicit
Azreen Zakariah: sangat cantik gambar kamu! :)
Latif Amir Salim: tahniah...
Norafidah Masdar: cantik2...suke2
Aalim Rozli: tahniah!
Sopiah Alicia Mahat: tahniah ayie dan akmal..semoga bahgia hingga akhir hayat
Shazli Shots: tahniah...dan jaga atap rumah baru supaya tak bocor...
Azam Arshad: tahniah....owh..jap2..wa nak salin kata2 abang shazli diatas
Maya Maizura: congrats 2 both of u...insy kami dtg...happy sampai ke akhir hayat yeee...
Nadiah Mustakin: alhamdulillah.tahniah abg n akak.nad doakan smoga bahgia hgga ke akhir hayat.:)))amin3.
Azrol Jailani: Congrats
Ajim Antu: Selamat Pengantin Baru ...moga peroleh kebahagiaan dunia & Akhirat ..amin.
Ini Raha: selamat pengantin baru!!!sama cun sama ensem gtu =)
arieff: woo...tahniah bang..slamat pgantin baru...=)
mdnurie: selamat pengantin baru bro...semoga berbahgia ke akhir hayat.. :)
aku: ayie, maaf la aku xdtg majlis ko. aku xlarat nak ulang alik. haha. apa pun tahniah.