View video on High Definition on Facebook for ultimate quality. Wait for the video to fully loaded for best experiences.
Yazid & Yana
The Solemnization
30th April April 2010, Taman Soga, Batu Pahat, Johor
Seorang lagi kawan baik aku kahwin. Alhamdulillah. Yazid was my schoolmate from darjah 1 sampailah ke tingkatan 5. Walaupun masing-masing jauh, tapi tak pernah putus kawan. Dia juga yang jadi pengapit masa aku kahwin haritu.
Yazid & Yana, aku percaya semua kawan2 pon tahu diorang dah kenal sejak sekolah mengengah lagi. Si Yazid aktif berpesatuan dan mereka jumpa masa satu expo satu masa dulu. Tingkatan 3 ke? Not quite sure bout that lah. Tapi memang diorang bahagia dari dulu sampai la ke majlis akad nikah malam tadi. Nampak sangat keceriaan & kemesraan pasangan ni.
Dulu masa kat sekolah, dia paling kecik. Dia paling selalu jadi mangsa buli Rohairan, Ifdal & the geng. Tapi dia memang mengalah aje. Sebab memang tak boleh menang punye. Hehe.. Masuk tingkatan 4 dia dah sekelas dengan aku. Masa tu dia masih belum membesar lagi. Jadi mangsa buli kitorang pulak la. Hehe.. Tapi bukanlah buli sampai kena kurung dalam stor. Gurau-gurau aje.
Balik sekolah, tiap2 hari menu utama adalah rojak & ABC kat belakang sekolah. Tak ramai yang tahu kedai tu. Jadi memang dah officially markas kelas kitorang la membuang masa. Geng-geng wajib ada: Arif, Moyong, Akoi, Pizan, Azizi & aku. Kadang2 Yunus, Pijul & lain2 pon join. Kitorang bedal rojak sampai 2 3 pinggan. Almaklumlah lapar. Ada balance syiling, kitorang selitkan kat tiang2, simpan untuk esok.
Dekat-dekat nak SPM barulah kelam kabut nak buat study group. Rumah bapak Azizi, OCS Husin yang jadi mangsa. Masa tu family Azizi belum duduk rumah tu lagi. Jadinya kitorang buat macam rumah sendiri betul. Tido situ lah. Masak megi lah. Semua pon boleh. Yang betul2 study si Yazid ni lah. Dan alhamdulillah, memang menjadi jugak study group tu walaupun banyak main dari study.
Habis SPM, masing2 bawak haluan. Tapi semua masih ada contact. Dapat jumpa masa je. Itupun tak semua dapat balik. Ramai yang dah berumah tangga juga. Moyong dah anak 3, Julai dah bersalin, Jijot ada 1, Tina 1, Hajar advance sikit, 3 ke 4 kot? Hehe.. Alhamdulillah. Yang lain pun dah hampir2 la tu. Nampak gayanya tahun depan semua berkumpul dah bawak anak.
Ni sebahagian gambar yang aku snap malam tadi. Aku datang mengiring keluarga Yazid ke Batu Pahat. Maap la kawan, hari majlis aku tak dapat nak datang. Tahniah buat Yana & Yazid.
Twitt Twitt
















farolrazi: tahniah jid.selamat pengantin baru.!!!moge kekal hingga ke anak cucu.!!
faiz: Tahniah!!!! yazid.... Terbaik aie....
Mohd Yunus: aku teringat lagi mase study kat umah Azizi..lawak btol la..sanggup tu tak tdo mlm..bukan study sgt pun..main je lebih..hahaha
Mohd Razali: Ko la main lebih. Tapi pandai. Aku jugak sengal.