Front Page
  • HOME
  • About
  • Contact
    • ASK ME
    • Chat
  • Wedding
    • Calendar
    • Pakej
  • TOPICS
    • Ceritera
    • Engagement
    • Event
    • Photojournalism
    • Random
    • Tips Fotografi
    • Tips Perkahwinan
    • Web Design
    • Wedding


Archive for the ‘Engagement’ Category

Mek, Teh ‘o’ Sa!

April 9, 2009 | 9 Comments »

3 hari di pantai timur, 2 negeri berlainan dialek & loghat nak kena paham. Masa sampai tu memang satu natam ape pon aku tak paham. Hari kedua sampai ke Kelantan pun hampir sama juga. Cuma bezanya bahasa percakapan orang Kelantan lebih halus. Aku dapat memahami dialog mereka serba sedikit. Setiap perbualan, ada masa pausenya. Kat situ yang aku suka. Unik.

Bertolak dari Kuala Berang ke Kota Bahru ambil masa selama lebih 3 jam juga. Sampai disana kami disambut ahli keluarga Zila dengan penuh mesra. Berlainan adat di sini, pengantin lelaki jarang dapat ikut serta. Tapi mungkin di sebelah sana boleh. Untung Zairul!. Majlis berlangsung penuh gelak tawa. Pak cik Zairul yang tinggal di Kuala Terengganu jadi jurubahasa kami, kalau tak jenuh jugak nak memahamkan ni aku rasa. Walaupun keluarga Zairul asalnya dari sebelah Terengganu, tapi aku suruh dia sepeking sepatah apa pun tak reti.

Satu lagi adat menarik disini, bakal menantu lelaki akan dapat sebentuk cincin dan bakal bapa mentua yang sarungkan. Zairul sarung baju melayu dan duduk bersila atas pelamin. Ni kalau panggil tok kadi, dah boleh nikah terus!

Selesai majlis rundingan, kami dijemput menjamah lauk pauk orang sana. Semua puji! Baik mak Zairul, kak Yah, mak long, mak ngah, semua makan bertambah. Sambal belacannya lain rasa. Aku makan cepat-cepat sebab nak ambil gambar lagi. Tapi sempat makan sebijik solok (cili sumbat). Terasa isi ikan & kelapanya. Semua puas hati.

Mengintai Zairul

Malu La Bang

Introducing! Zila

Ayahanda

Sarungkan Cincin

Alhamdulillah...

Bersanding?

Pelamin Zila

Mengapit Nenek

Adik Cute

Photographer
Apple Mint
Central Johore Wedding Photographer
+60127333960
razali(at)focusmedia.my
YM: drusoft

Menyunting Bunga Di Pantai Timur

April 6, 2009 | 1 Comment »

Semalam, Ijamp datang ke Ayer Hitam, sempat belajar beberapa lagi tips asas potret. Esok aku akan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Kelantan lusa. Aku ikut family Wak Pan / Zairulmiza memetik bunga. Wak Pan dapat orang jauh beb, tapi mereka kenal lama dulu semasa mula kerja di Imigresen JB. Perjalanan lebih 12 jam aku rasa lalu Mersing, ke Kuantan dan terus ke Kuala Terengganu. Aku ukur kat Google map, 345+ batu! Wow..

3 hari 2 malam aku kesana. Dah lama aku tak berjalan jauh, kali terakhir ialah waktu aku terbang ke Kedah 3 bulan lepas. Kali ni lebih jauh dan lebih mencabar rasanya. Aku tak tau adat orang pantai timur menyambut bakal menantu. Harapnya tak ada yang marah kalau aku lintas2 semasa tengah majlis suai kenal bakal menantu nanti. InsyaAllah.. Ada kawan-kawan di Kuala Terengganu? Boleh jumpa kalau berkesempatan nanti.

Wak Pan

Sampai sini dulu. Aku akan update kalau berpeluang.

Peot Dah Tunang

April 1, 2009 | 7 Comments »

For some reason, tuan punya badan tak benarkan upload gambar banyak2. Terpaksala tunjuk gambar cincin je banyak. Lagi sekali mempergunakan kamera D80 pinjam kat Shahir pulak, nak dapatkan hasil prime lens. Nasiblah Azam ada banyak angle-angle yang wide. Majlis berlangsung di balai raya sebuah taman perumahan.

Sebelum ni aku ada ikot Faiz shooting majlis pertunangan jugak kat taman perumahan ni. Pakcik-pakcik yang wakil tuan rumah pun orang-orang yang sama. Aku dapat rasa kerjasama orang-orang taman perumahan ni memang kuat. Kadang-kadang ada jugak kawasan perumahan yang tak bertegur sapa dengan jiran, tapi kat sini lain.

Kalau petang2 aku lalu sini, aku nampak ada sorang mamat India, Ravi tak silap nama dia, campur main sepak takraw, kaum minoriti kat pekan kecik aku ni lah. Ada satu hari tu masa aku baru balik dari engagement Masayu, aku tengok ada satu majlis persandingan kaum India di dalam gelanggang takraw tu. Yang bestnya, masakan melayu, jemputan kebanyakkan melayu, DJ melayu. Bagus kan? Muafakat membawa berkat.

Aku siap susun album pukul 1 pagi tadi. Siap je susun barulah aku buat slideshow ni kat picasa, convert h.264 codec & upload ke vimeo. Sudahnye pukul 3+ baru dapat baring. Terlentok2 aku kat kerusi tunggu video convert..

Oh ye, aku tengah tunggu madu Mal sampai. ;)

Mekap Sikit Je

Hand Boquete

Tunggu Tamu

Cincin Saye!

Lagi Cincin

MOHD RAZALI

Photographer

Apple Mint

Central Johore Wedding Photographer

+60127333960

razali(at)focusmedia.my

YM: drusoft

  • PREVIOUS POSTS
  • NEXT POSTS

Recently Written

  • WEDDING PHOTOGRAPHY GIVEAWAY
  • Raihan + Ikmal
  • Azreen + Hidayah
  • FREE PRE-WEDDING!!!
  • Situasi Luar Jangkaan Jurugambar
  • Fida+Syed

Recent Comments:

  • mario: thx alot….ade idea untuk start hobby...
  • jebril: Salam bro nak tanye dulu grad pointer first class...
  • zaki: salam, tlg ajr sya bokeh efek…
  • Anee neena: bestnye dapat kurang banyak .. kalau boleh,...
  • athirah: wah…pointer brpe dpt 90% pgurangn?? kalo...

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

Send me a message



Powered by SimpleModal Contact Form
FACEBOOK

    Facebook

    Heroes Photowork
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork