Front Page
  • HOME
  • About
  • Contact
    • ASK ME
    • Chat
  • Wedding
    • Calendar
    • Pakej
  • TOPICS
    • Ceritera
    • Engagement
    • Event
    • Photojournalism
    • Random
    • Tips Fotografi
    • Tips Perkahwinan
    • Web Design
    • Wedding


Archive for the ‘Event’ Category

Majlis Berbuka Puasa Photographer Selatan

September 6, 2009 | 7 Comments »

Budak Jawa bedal kambing golek

Serambi Rasa
Saudara Salme & Rahmat Ali anjurkan majlis berbuka puasa untuk fotographer selatan harini di Serambi Rasa, berdepan dengan UTHM, Parit Raja. Lebih 40 orang jurugambar dari sekitar Batu Pahat, Kluang, Kulai, Johor Bahru, Simpang Renggam hadir. Menu menariknya kambing golek. Lauk-lauk buffet boleh tahan sedap juga.

Photographer Selatan
Tak sempat nak berkenalan dengan semua yang hadir. Yang aku kenal kat situ Azhar Saad, Fitri Jamsari, (Yana Harmila, Are Team, Unge, Makwe Unge, Jawa from Getok Ubi), Zulfadli, Salme, Rahmat Ali, Adhadi, Ayares, & Saluddin Art Creative. Yang lain maaflah, aku tak sempat berbual sangat.
Semuanya Nampak hebat belaka. Alhamdulillah, ramai jugak yang dapat dikumpulkan. Mungkin tahun depan boleh buat lagi grand! InsyaAllah.

Berbuka
Jarang berbuka di luar, jadi aku kurang selera tadi. Tak habis nasi sejemput aku makan. 2 hiris kambing golek habis jugak lah walaupun terlalu garing luarannya. Tapi pudingnya memang sedap, aku nak ulang second round dah habislah tentunya.
Aku tak plan pon nak kesitu harini, kesian mak berbuka sorang. Tapi tiba-tiba abang aku balik. Oh peluang ni. Pukul 4.30, Din, partner in crime aku tiba-tiba ajak buka luar. Oh.. Terkejut aku. Seumur hidup tak pernah dia ajak buka luar. Peluang baik la ni. Cepat-cepat aku Tanya abang Salme ada kekosongan lagi tak, segera dia balas ‘masih ada, jumpa sana’.
Din tanya lagi jadi ke?

Aku: Parit Raja boleh?
Din: OK je. Kat mana?
Aku: Serambi Rasa. Kawan aku cakap situ sedap. (Padahal takde sapa penah pegi)
Din: OK Ngam. 6.30 aku ambik kau.
Aku: Tapi kawan-kawan aku ada sekali tau.
Din: Ooo Awek ke budak laki?
Aku: Awek.
Ahh .. Aku dah berjaya kelentong dia. Kalau tak aku takda geng nak datang sana. Hehe. Sampai sana ada berpuluh orang kawan rupanya. Hahaha..

Din terkedu

Perbincangan Jurugambar Professional Batu Pahat bersama Adhadi dan Saluddin

Azhar Saad Kekenyangan

Kambing Golek Serambi Rasa

Adhadi memberi penerangan

Salme Memberi ucapan aluan

Ayares

Bazar Expo Ramadhan – Raya Parit Raja.

Pukul 9 kitorang semua beransur dari Serambi Rasa ke pekan Parit Raja. Adala saki baki lagi 10 orang lebih kurang. Kami meredah kawasan penjualan expo di sekitar bazar Expo Ramadhan – Raya Parit Raja. Penuh sesak segala umat.

Bermacam Ragam

Jurugambar Johor

Mak... Nak Belon...

Tak Nak!

Man Belon

Permalinks: http://blog.mohdrazali.com/majlis-berbuka-puasa-photographer-selatan/

Belajar Asas Fotografi Trisno

September 4, 2009 | 21 Comments »

Bengkel Asas Fotografi

AYER HITAM: Setelah berjaya mengumpulkan sedozen jurugambar amatur di daerah Kluang & Batu Pahat, satu bengkel Belajar Asas Fotografi akan di laksanakan pada September 6 ini. Kesemua mereka kebanyakkannya tidak mempunyai kemahiran asas fotografi yang formal sebelum ini. Justeru seorang jurugambar berpengalaman dijemput daripada Johor Bahru, saudara Trisno Quartris untuk memberikan latihan formal kepada mereka ini.

Bengkel akan dimulakan pada jam 9 pagi di Bangunan UMNO Ayer Hitam yang terletak di tengah-tengah antara Kluang & Batu Pahat. Lokasi strategik yang mudah dikenal pasti dengan adanya Masjid Besar Ayer Hitam di puncaknya. Kelas akan berlangsung sehingga ke petang dan seterusnya semua peserta akan berbuka bersama.

TEORI ASAS FOTOGRAFI

Trisno akan menekankan beberapa asas penting dalam pemahaman menggunakan kamera digital SLR dengan cara yang betul dari segi fizikal kamera dan fungsi-fungsi lensa & jenisnya. Teori yang akan didedahkan adalah dari segi mengenal aperture, shutter, ISO, white balance, metering, focus point, rule of thirds, depth of field, bokeh, camera bracketing, exposure compesation, JPEG & RAW, color of light dan rear curtain/2nd curtain.

PRAKTIKAL
Teori sahaja mungkin tidak mencukupi bagi peserta, maka Trisno turut membawa peserta untuk sesi praktikal. Penekanan penggunaan dari segi Mode dalam kamera adalah penting misalnya bagaimana Shutter Priority boleh memberhentikan pergerakkan atau bagaimana ia boleh menampakkan pergerakkan. Aperture Priority mode pula boleh menghasilkan bokeh. Disamping itu ia juga boleh menghasilkan gambar yang sharp. Penggunaan Manual Mode yang memberi kelebihan kepada pengguna untuk mendapatkan exposure mengikut kemahuan sendiri. Adalah sangat perlu untuk mendapatkan exposure yang sebenar. Beliau akan menekankan kaitan antara Aperture Priority, Shutter Priority, Manual Mode dan Metering.

Penggunaan tripod yang sesuai juga membantu menghasilkan gambar yang baik, justeru Trisno akan menerangkan kegunaan tripod & monopod. Merakam gambar pada waktu malam adalah agak sukar berbanding siang hari yang mempunyai cukup cahaya. Beliau akan mengajar cara-cara merakam pada situasi cahaya yang sangat rendah.

PESERTA yang akan turut serta:

1. Mohd Faiz
2. Yana Harmila
3. Zairulmiza
4. Hanafi
5. Azhar Saad
6. Mohd Hidir
7. Nur Fazlin
8. Mohd Azam
9. Nursyidatulakmal
10. Razali
11. Seroy
12. Arshad
13. Fitri (Tambahan)

Atucara:

09.00 am: Pendaftaran. Teori
12.30 pm: Rehat
01.30 pm: Praktikal & Perbincangan
04.30 pm: Rehat
05.00 pm: Praktikal
07.00 pm: Berbuka Puasa Bersama & Perbincangan
08.30 pm: Tamat

Sila jelaskan pembayaran kepada Urusetia Mohd Faiz di akaun Maybank: 151119121250 atau tunai. (017-7248181)

Permalinks: http://blog.mohdrazali.com/belajar-asas-fotografi-trisno/

Karnival Rakan Muda Batu Pahat 2009

July 20, 2009 | 13 Comments »

Aku berniat nak jenguk karnival ni dari semalam, cuma tak cukup masa je semalam. Supplier album aku lambat hantar sampai aku kena tunggu hingga 6.30 petang. Kalau tak boleh join bengkel fotografi kat Pusat Rakan Muda Batu Pahat.

Pagi tu si Faiz call aku suruh jenguk Karnival Rakan Muda kat Batu Pahat ni. Jam dah pukul 10.30, badan dah peluh² lepas petik rambutan 2 guni. Aku tanya Azam, dia kata on je. Segera la aku siap2 ke sana walaupun tengok cuaca dah mendung je. Sampai Dataran Batu Pahat dah pukul 11.30 ni. Azam terus ajak aku jumpa Moja, tenaga pengajar yang uruskan bengkel & pertandingan fotografi kat situ. Terus dia bagi kitorang task in group untuk shoot apa-apa yang berkaitan dengan karnival ni. Sebelum tu sempat jugak jumpa Boy & Fuad tengah handle tournament FIFA 09 kat dalam Pusat Rakan Muda tu. Meriah. Azhar pulak aku jumpa last minutes sebelum dia pegi shoot wedding. Kurang meriah la aku berdua je dengan Azam. Si Yana Harmila ni lambat pulak sampai.

Aku & Azam pusing² sekitar kawasan karnival. Terlalu banyak pengunjung dan terlalu banyak subjek. Susah nak dapat minimalism & konsep yang menepati tema. Gambar-gambar bawah ni adalah antara yg aku submitlah. Cuma yang 1st ni sahaja terpilih dan menang johan!.

Oh ya, Dah pun bulan Julai. Genap setahun penglibatan aku dalam bidang fotografi serius ni. Julai lepas aku & Akmal baru bermula dengan DSLR pertama, Nikon D40x. Tak aku sedari dah setahun. Dan alhamdulillah.. Dalam jangka masa setahun, banyak yang aku dapat pelajari & praktikkan. Walaupun belum banyak aku & Akmal habiskan wang ringgit untuk barangan kamera berbanding dengan kawan-kawan lain, tapi aku berpuas hati dengan hasil kerja setakat ini yang tak seberapa bagi sesetengah pihak. Ada jugak yang tak percaya agaknya aku baru setahun dengan kamera secara serius?

Gambar Menang

Yana Harmilas

Qiatina

Leman!

The Red Cili

Afisya Frakwais

Accident!

RC Drift

Drifting

  • PREVIOUS POSTS
  • NEXT POSTS

Recently Written

  • WEDDING PHOTOGRAPHY GIVEAWAY
  • Raihan + Ikmal
  • Azreen + Hidayah
  • FREE PRE-WEDDING!!!
  • Situasi Luar Jangkaan Jurugambar
  • Fida+Syed

Recent Comments:

  • jebril: Salam bro nak tanye dulu grad pointer first class...
  • zaki: salam, tlg ajr sya bokeh efek…
  • Anee neena: bestnye dapat kurang banyak .. kalau boleh,...
  • athirah: wah…pointer brpe dpt 90% pgurangn?? kalo...
  • syahjehan78: salam saudara.. kita nak habaq kita pnjam...

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

Send me a message



Powered by SimpleModal Contact Form
FACEBOOK

    Facebook

    Heroes Photowork
TWITTER

    Twitter

    Heroes Photowork