Front Page
  • HOME
  • About
  • Contact
    • ASK ME
    • Chat
  • Wedding
    • Calendar
    • Pakej
  • TOPICS
    • Ceritera
    • Engagement
    • Event
    • Photojournalism
    • Random
    • Tips Fotografi
    • Tips Perkahwinan
    • Web Design
    • Wedding


Archive for the ‘Photojournalism’ Category

100 Strangers Bermula

September 17, 2009 | 10 Comments »

Pemilihan Ketua, Sembahyang Hantu

Semalam, 16 September 2009, (Hari Malaysia) aku memulakan 100 Strangers Project di Batu Pahat. Ini adalah salah satu cara untuk aku membina keyakinan diri berdepan dengan orang ramai dan memperbaiki social skills. Sepanjang 2 jam semalam, aku cuma dapat berbual dengan 3 ke 4 orang yang aku betul-betul dapat selidik tentang diri mereka. Aku luangkan masa 15-30 minit untuk berbual.

Permulaanya beramai-ramai dalam 10 orang yang kemudiannya berpecah. Ada juga yang berkumpulan. Aku ke Jalan Pasar berseorangan mulanya, Azhar ikut di belakang kemudiannya.

Untuk projek 100 Strangers, aku telah membina satu website yang akan memuatkan segala gambar-gambar potret 100 Strangers. Ianya dihoskan di www.photokita.com.

Bukan mudah nak rapat dengan orang yang kita tak kenal dan tanya macam-macam. Aku tak buat cara survey, sebaliknya lebih santai. Tegur, tanya pasal sekeliling kawasan dulu, dan kemudian baru cuba tanya tentang diri mereka. Makcik cleaner hotel, sekumpulan cina sedang sembahyang hantu, tokey kedai steel & uncle trainer kolam renang. Aku lebih tertarik dengan golongan macam ni berbanding pejalan kaki di BP walk, mereka semestinya mengejar masa. Ada baiknya aku cari subjek yang tak banyak bergerak. Aku dekati kumpulan Cina yang sedang sembahyang hantu. Mereka dalam upacara memilih ‘ketua’ baru untuk memegang satu yang di anggap sebagai ‘dewa’. Pemilihan ini dilakukan setiap tahun. Ketua mesti memulangkan semula ‘dewa’ untuk pemilihan tahun hadapan. Cara pemilihan adalah dengan melemparkan 2 objek berlainan bentuk, dan kiraan dibuat sekiranya objek itu dikedudukan berlainan antara setiap satu. Ada 120 calon untuk menjadi ketua.

Itulah salah satu uniknya Malaysia

Permalink: http://blog.mohdrazali.com/100-strangers-bermula

Recently Written

  • FREE PRE-WEDDING!!!
  • Situasi Luar Jangkaan Jurugambar
  • Fida+Syed
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2010
  • Dr. Sazli + Dr. Izyani
  • Napsiyah+Shaifudin

Recent Comments:

  • jazzeyra: salam.. majlis xcnfirm bila, tp dlm bulan 10...
  • zairulhishyam: akum..tolong book 1/1/2011..majlis...
  • nik saadiah: saya nak bljar fotografi dr abg...
  • ken: kalau kaler tak idop camne lak bro?
  • SITI: i like your job,,,, baru pas tgk pic wedding...

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.

Send me a message



Powered by SimpleModal Contact Form