Front Page
  • HOME
  • About
    • Contact
  • Wedding
    • Calendar
    • Pakej
  • TOPICS
    • Ceritera
    • Engagement
    • Event
    • Photojournalism
    • Random
    • Tips Fotografi
    • Tips Perkahwinan
    • Web Design
    • Wedding


Archive for the ‘Tips Fotografi’ Category

Slideshow Dengan Picasa

April 2, 2009 | 3 Comments »

Video yang ada dalam blog aku ni kesemuanya aku buat dengan Picasa sahaja. Sebelum customer dapat tengok album, aku akan publishkan gambar-gambar dalam bentuk slideshow montage kat sini dulu supaya dia boleh tunjuk kat kawan-kawan & sedara mara.


Kenapa aku guna Picasa?

Sebab Picasa adalah percuma dan ringan. Stok gambar-gambar aku semua diuruskan Picasa. Nak buat slideshow cuma ada beberapa step sahaja selepas gambar tu siap di edit. Terdapat banyak effect yang boleh kita guna pakai untuk hasilkan slideshow simple & menarik dengan Picasa ni. Disini adalah cara-cara untuk hasilkan slide show menggunakan Picasa 3.

Picasa 3 keluaran Google Inc boleh menghasilkan video slideshow yang menarik dengan cepat & mudah. Sesuai untuk jurugambar perkahwinan menghadiahkan kepada pengantin.

1. Pilih Gambar.

Pilih Gambar dalam Picasa

Gambar-gambar mesti diletakkan dalam folder yang sama untuk memudahkan proses memilih. Pilih gambar-gambar yang menarik. Tekan CTRL+Click pada gambar-gambar yang hendak dipilih. Dah puas pilih, tekan Create Movie Presentation disebelah kiri atas tu.

2. Tajuk

Isikan Tajuk Slideshow

Pilih jenis, saiz & warna font yang sesuai dan isikan tajuk video.

3. Lagu

Masukkan Lagu

Masukkan lagu tema. Kalau boleh pilih yang pendek supaya saiz video jadi lebih kecil. Tapi ia bergantung pada berapa banyak gambar yang dimasukkan. Kalau lebih dari 50 keping, gunakan lagu 3 minit ke atas.

4. Effect

Effect Movie

Terdapat 9 jenis effect yang boleh kita pilih. Pan & Zoom adalah yang terbaik.

5. Saiz Video

Saiz Video

Pilih saiz yang kita suka. Saiz yang sesuai untuk web adalah 600×400. Aku selalu gunakan 1280×720 untuk hasilkan widescreen & HD. Itu topik seterusnya. Thick pada Full fram photo crop untuk jadikan gambar penuh. Susun jalan cerita slideshow. drag sahaja thumbnail bahagian bawah slideshow untuk mengubah kedudukan gambar. Setiap gambar boleh diletakkan text & captions. Tekan pada bahagian Slide untuk meletakkan text. Preview dahulu video dengan menekan butang Play berwarna hijau.

6. Create Movie

Create Movie!

Setelah berpuas hati dengan preview movie, tekan butang Create Movie dan tunggu movie siap dihasilkan. Picasa akan menjadikan sebuah video berformat Windows Media. Saiz bergantung pada berapa panjang lagu, saiz video dan effect video. Kebiasaannya lebih kurang 30MB ke 150MB. Video ini boleh di upload terus ke YouTube atau Vimeo tapi ianya memakan masa yang lama bergantung pada kelajuan internet. Ada cara untuk hasilkan video yang lebih kecil. Topik seterusnya nanti akan diterangkan macam mana nak kecilkan video.

Selamat Mencuba.

Pakej Fotografi Mohd Razali 2010

12 Tip Memahami DSLR

March 7, 2009 | 13 Comments »

Semasa awal-awal kamera digital SLR diperkenalkan, harganya memanglah sangat mahal dan hanya mampu dimiliki golongan profesional sahaja. Namu sekarang ianya mampu dimiliki oleh semua golongan. Disebabkan itu, ramai yang memiliki tanpa pemahaman yang betul, seperti aku juga. Akibatnya hasil-hasil gambar tak bererti. Aku tertarik nak menulis artikel ni untuk membimbing sesiapa sahaja yang baru berkecimpung dan ingin mengetahui beberapa asas yang penting untuk memahami DSLR pertama kita.

Click to continue reading “12 Tip Memahami DSLR”

Titik Fokus Potret

February 28, 2009 | 12 Comments »

Fokus yang betul boleh menghasilkan daya tarikan serta emosi kepada penontot. da beberapa tips yang aku pelajari dari pemahaman sendiri dan pembacaan Tips Asas Fotografi. Topik ni berkait rapat dengan cerita Shallow Depth of Field sebelum ni.

Click to continue reading “Titik Fokus Potret”

  • PREVIOUS POSTS

Recently Written

  • TERIMA KASIH SEMUA!
  • WELCOME!
  • Terima Kasih Semua
  • Bismillah…
  • Colors of Kelantan
  • Zairul & Zila

Recent Comments:

  • isk: Yeah it was a long long day. Glad that you were...
  • Shay Rahman: congratss beb…. rugi aku tak...
  • roeza: heyyy that is soo switt!! congratulations to both...
  • azlan shah: selamat pengantin baru bro, semoga...
  • aku: ayie, maaf la aku xdtg majlis ko. aku xlarat nak...

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Mohd Razali • Powered by Wordpress.