
Ada kalanya pelanggan akan tanya, sesuai tak warna baju pengantin yang dia akan pakai tu dengan suasana majlis? Banyak faktor yang mempengaruhi kesesuaian warna itu semua. Jadi ada baiknya diterangkan disini kesesuaian warna dengan majlis anda. Satu kategori baru dibuka untuk memberikan tips-tips untuk majlis perkahwinan yang menarik berdasarkan pengalaman yang aku lalui sebelum-sebelum ini. see Awe+Kerol | Anil+Zam
Pemilihan warna bersesuaian amat penting dalam menghasilkan suasana majlis perkahwinan yang ceria. Salah satu tips adalah dari segi kanopi, scallop dan meja makan beradab.
KANOPI
Walaupun nampak macam topik yang remeh, sebenarnya ia adalah salah satu faktor penting dalam menghasilkan suasana ceria dan untuk mendapatkan gambar terbaik, ianya patut dititik beratkan bagi bakal pengantin. Meja makan beradab kebiasaanya dihias dengan scallop, bergantung kepada tema warna, tetapi cuba pilih cerah sedikit atau kontra dari warna tema.
Kanopi berbumbung putih semi-transparent adalah yang terbaik kerana ia akan memberikan pencahayaan yang cukup dalam sekitar kawasan meja makan beradab. Pastikan power fan disediakan. Cuba elakkan bumbung kanopi yang gelap seperti biru gelap, merah, hitam dan sebagainya. Backdrop meja makan juga sekiranya berwarna cerah akan menceriakan suasana sekiranya dihiasi dengan scallop sedikit kontra.
HIDANGAN
Hidangan ringkas dan berhias kemas akan menampakkan kemewahan majlis. Gunakan pinggan putih yang lebar untuk memperlihatkan dengan jelas isi juadah. Air berwarna merah jambu sesuai dengan tema hiasan pengantin putih. Untuk lebih menaikkan lagi keceriaan meja makan beradab, hiasai dengan cup cakes berwarna-warni. Buah-buahan seperti anggur, strawberry atau kiwi menimbulkan lagi kemewahan di meja selain sesuai dijadikan dessert.
Keceriaan di meja makan beradab menghasilkan detik-detik gembira dalam suasana majlis yang akan dirakam.
Permalink: http://blog.mohdrazali.com/hiasan-meja-makan-beradab/
